Susulan dari majlis perkahwinan aku pada 1 jun yg lalu, aku & isteri mengambil keputusan untuk berbulan madu di Medan, Indonesia. Percutian kami berlangsung selama 4 hari 3 malam dari 10 - 13 jun 2013. Penerbangan dari LCCT, KUL jam 2.15ptg dan tiba di Medan, Indonesia jam 2.15ptg (masa di Medan adalah 1 jam lewat dari KL). Sebaik tiba, kami dijemput oleh pemandu pelancong dan terus dibawa ke Pulau Samosir, Danau Toba. Perjalanan dirasakan terlalu jauh kerana laluan yang banyak traffik dan sebuk. Kami tiba di Samosir jam 11 mlm dan terus terlena di hotel penginapan kami di Samosir Villa.