Semalam PM Malaysia telah mengumumkan bantuan hari raya RM500 kepada semua kakitangan kerajaan persekutuan dari gred 1 hingga gred 54. Bonus tersebut akan dibayar pada 31 Julai nanti. Ia melibatkan kos sebanyak lebih RM800juta.
Memula ingin aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana membuka hati Najib tuk bagi RM500 kepada semua kakitangan kerajaan persekutuan. Namun tetiba aku dimaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengumumkan bonus sebulan gaji yang mula dibayar hari ini.
Terus terang bila aku dengar berita tu aku rase sangat dengki dan ade rase sikit nyesal. Nyesal kerana aku dulu pernah ditawarkan jawatan N27 di MPSJ tapi aku tolak. Dengki sbb federal hanya mampu bagi RM500 je. Haha
Namun apa2 pun aku sgt bersyukur kerana pemberian bonus kali nih sangat adil kerana semua peringkat dapat jumlah yang sama iaitu RM500 jer. Hahahahahahahaha
Comments
Post a Comment