Disebabkan ini pengalaman pertama aku hendak menghadapi isteri yang mengandung, maka aku banyak mencari maklumat tentang pemakanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh ibu2 mengandung. Maka aku terjumpa 1 blog mungkin yang mempunyai tajuk lebih kurang seperti di atas tapi berbahasa Indonesia [klik sini].
Oleh sebab ianya berbahasa Indonesia dan sedikit mengelirukan, maka aku berpendapat aku perlu ubahsuai isi kandungan untuk menjadi bahasa Malaysia.
Berikut merupakan antara makanan & minuman yang dilarang untuk ibu hamil :
1. Alkohol
Kesan pengambilannya menurut laman web tersebut ialah peningkatan risiko kelahiran pra-matang bayi dan keguguran bayi. Maka dinasihatkan ibu2 diluar sana agar menghentikan tabiat pengambilan alkohol ketika mengandung. Lagi elok kalau berhenti terus kan? HARAM tu minum alkohol.
2. Minuman berkafein
Haaaa...peminum2 tegar coffie atau nescafe perlu tahu ini. Keadaan ibu2 hamil yang terdedah kepada anemia digalakan untuk menghindari minuman ini kerana kafein boleh menghalang penyerapan zat besi, yang diperlukan oleh bayi dalam rahim. Tengok bahayakan?? Kurangkan penggunaan kafein ye.
3. Makanan yang separuh masak
Bagi anda penggemar Sushi dan aneka makanan lain yang dimasak setengah matang, sebaiknya dihindari dulu selama masa kehamilan. Perlu anda ketahui bahwa makanan-makanan mentah mengandung banyak bakteria berbahaya yang akan mengganggu perkembangan janin. Salah satu jenis bakteria yang sangat berbahaya seperti bakteria Listeria yang bisa mengakibatkan keguguran hingga meninggal di dalam kandungan.
4. Makanan Laut
Hmmm...sea food mmg sedap tp pengambilan yang terlalu banyak pn x elok. Ini kerana sea food nih mmg terkenal dgn kadungan merkuri di dalamnya. Merkuri yang terlalu banyak akan membahaya bayi di dalam kandungan.
5. Makanan yang panas & tajam
Jika kondisi kehamilan anda masih sangat muda, sebaiknya anda menghindari beberapa makanan yang bersifat panas & tajam seperti nanas dan durian.
Comments
Post a Comment