Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini.
ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM
Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya.
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
emel : info.matrikulasi@moe.gov.my
tel : 03-8884 4083
faks : 03-8884 4028
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan
berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM.
2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh
bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesaikan dalam
tempoh 30 HARI BEKERJA dari tarikh penerimaan borang permohonan. Setiap
permohonan Sijil Matrikulasi KPM hendaklah dipohon terlebih dahulu dan
permohonan secara walk-in yang memerlukan pada hari yang sama tidak akan
dilayan sama sekali.
CARA PERMOHONAN
> Untuk Permohonan Akibat Hilang/Rosak:
o Borang Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-01) : Download Sini
o Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan
Kumpulan A)
o Surat rasmi Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-02) yang
mengandungi maklumat Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian,
Kolej Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat.
> Untuk Permohonan TERJEMAHAN ke Bahasa Inggeris
o Borang Permohonan Salinan Transkrip (BMKPM/UDM-01)
o Salinan transkrip asal
o Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
o Surat rasmi Permohonan Salinan Transkrip Akademik (BMKPM/UDM-02) yang mengandungi
maklumat Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian, Kolej
Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat
PENYERAHAN SALINAN TRANSKRIP
o Dalam keadaan biasa, salinan transkrip akan diposkan ke alamat surat-menyurat seperti dalam
borang/surat permohonan.
o Pemohon yang hadir sendiri untuk mengambil salinan transkrip perlu menunjukkan dokumen
pengenalan diri sebagai bukti kepada pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas. Borang Akuan
Penerimaan (BMKPM/UDM-03) yang dikeluarkan pegawai bertugas perlu disahkan oleh pemohon
semasa mengambil dokumen.
o Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis melalui Surat
Pelantikan Wakil (BMKPM/UDM-04) yang ditandatangani oleh pemohon. Wakil yang dilantik perlu
menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Borang Akuan Penerimaan (BMKPM/UDM-03)
yang dikeluarkan pegawai bertugas perlu disahkan oleh wakil semasa mengambil dokumen.
Comments
Post a Comment