Seperti biasa bulan September setiap tahun Apple akan melancarkan produk-produk terbaharu. Tahun 2018 juga tak terkecuali. Namun pelancaran iPhone 2018 kali ini sudah seperti yang diduga kerana mulai 2017 Apple telah mengejutkan dunia dengan melancarkan iPhone X (iPhone Ten) dengan UI yang baru dan segar. Seperti diduga tahun 2018 Apple mengembangkan lagi model iPhone X dengan pengenalan model XS, XS Max dan juga XR.
Semua model didatangkan dengan rekaan skrin bucu-ke-bucu sekaligus menghentikan rekaan home button bulat yang telah digunakan sejak iPhone mula-mula diperkenalkan. Fungsi touch ID juga hilang bersama-sama dengan butang home dan digantikan dengan fungsi Face ID 2.0 yang lebih pantas dari yang terdapat dalam iPhone X. Untuk saiz skrin, iPhone XS adalah yang terkecil dengan 5.8" manakalan XS Max pula ialah model iPhone dengan skrin terbesar yang pernah dibuat oleh Apple. Besar itu lebih baik. Kan?
Untuk tahun 2018, XS dan XS Max datang dengan 3 pilihan warna belakang iaitu Putih, Hitam dan Emas. Manakala XR tampil dengan pilihan warna yang lebih banyak iaitu, Hitam, Biru, Coral, Merah, Putih dan Kuning.
Warna Baru Untuk XS dan XS Max |
Pilihan warna untuk XR |
Comments
Post a Comment