Skip to main content

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL
(LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM)
last update : 09 Julai 2018





ada 2 cara untuk memohon salinan sijil...

A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER
Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti..


LEMBAGA PEPERIKSAAN
Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Presint 1, PUTRAJAYA
(u.p : unit sijil, UPMPD)
No tel : 03-8884 3526/3528

Masa Operasi Kaunter :
ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg (lunch hour juga buka)
JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat) 2.45ptg - 4.30ptg

Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut :

a : Permohonan Salinan Keputusan 
1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam
2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja
3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja
4. SPMVokasional / SPVM pada atau selepas 2000 : 1 jam
5. SPMVokasional / SPVM pada atau sebelum 1999 : 7 hari bekerja
6. PMR pada 1998 - 2013 : 1 jam
7. PMR pada 1993 - 1997 : 7 hari bekerja
8. LCE / SRP semua tahun : 7 hari bekerja
9. STAM semua tahun : 7 hari bekerja (sijil rumi sahaja kecuali untuk tahun 2014 - 2016 boleh mohon untuk arab sekali)
10. SVM (Sijil Vokasional Malaysia) pada atau selepas 2014 : 7-14 hari bekerja (Kemaskini 05/09/2018)

b : Permohonan Terjemahan Keputusan
1. SPM pada atau selepas 2000 : 1 jam
2. Lain-lain peperiksaan : 7 hari bekerja


Borang permohonan ada disediakan di kaunter. Bayaran bagi setiap salinan sijil adalah RM30/salinan menggunakan cash atau wang pos sahaja. Bayaran melalui kad kredit/kad debit masih belum dilaksanakan.



B. PERMOHONAN MELALUI POS

Kebiasaannya cara ni untuk orang yang duduk jauh..korang kene dapatkan borang di mana-mana Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri..atau korang boleh terus download & print dulu borang permohonan dari website LP (lp.moe.gov.my) tapi kat bawah ni aku da bg link tuk korang download borang2 tu..

Borang permohonan salinan sijil : download sini
Borang terjemahan sijil : download sini
Panduan isi borang permohonan salinan sijil : rujuk sini


CHECKLIST DOKUMEN SEBELUM DIPOSKAN
(Kemaskini : 05/09/2018)
1) Borang Permohonan Salinan/Terjemahan Sijil (Lengkap diisikan)
2) 1 Salinan fotostat I/C
3) Wang Pos/Kiriman Wang/Bankers Check (RM30 untuk setiap salinan) atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
4) Sampul POS EKSPRESS atau POSLAJU PRABAYAR atau POS FLEXI PREPAID beralamat sendiri untuk diposkan semula kepada korang.


Biasanya permohonan melalui pos akan siap dalam 3-4minggu.


PERMOHONAN SALINAN SIJIL
(UPSR)
Permohonan sijil UPSR perlu didapatkan di sekolah rendah tempat anda belajar dahulu.

PERMOHONAN SALINAN SIJIL
(STPM/MUET)
(Kemaskini : 26/09/2017)
Anda boleh mendapatkan salinan sijil STPM/MUET anda dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM dan Borang Permohonan Salinan Sijil MUET.

Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET : Download Sini

Bayaran 
> STPM : RM50 
> MUET : RM40 

Alamat Majlis Peperiksaan Malaysia :

Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves, Selangor

Tel: 03-61261600
Faks: 03-61361488
E-mel: ppa@mpm.edu.my


PERMOHONAN SALINAN SIJIL
(PT3)
(Kemaskini : 26/09/2017)
Permohonan sijil PT3 perlu didapatkan di sekolah menengah tempat anda belajar dahulu kerana PT3 adalah peperiksaan yang berasaskan sekolah. Maka seluruh rekod berada di sekolah.


Hope maklumat kat atas ni membantu semua orang untuk mendapatkan semula sijil korang yang hilang. ^_^










Comments

  1. Nk tnya..nk hntr pos tu atas nama siapa?? Xkn kna tulis PENGARAH PEPERIKSAAN?

    ReplyDelete
  2. sijil rm30 bagi sy membebankan.. sy dah pergi putrajaya mohon salinan spm dan pmr.. kena bayar rm60.. harga yg tak masuk akal untuk sehelai kertas.. kalau dulu rm10.. seolah² sy tgk waktu tu ramai yg mohon.. seperti perniagaan pulak sijil nie.. turunkan lah harga tu..sepatutnya harga tak membebankan.. sy dtg dr jauh naik bas turun naik sampai sana kena 60 sedangkan naik bas pergi balik sejauh 240km tak sampai rm40 harga tiket.. tolong mudahkan dan rendahkan harga tu..duit tu nak guna bayar tuk kaki tangan pekerja tu ker atau kerajaan dah xde duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bpe hari siap kalu g kaunter amik sjil?

      Delete
    2. Ada sebab mengapa harganya tinggi..ia berkaitan tanggungjawab utk jaga dokumen tersebut agar tidak hilang atau rosak kerana ia dokumen yg penting. Diatas kecuaian yg kita sendiri lakukan, maka risikonya perlu kita tanggung. Langsung tiada kena mengena dgn tambang bas, bayaran utk kakitangan mahupun kerajaan dah takde duit.. Doesn't make sense at all to compare this matter for those stuff.. It is all about RESPONSIBILITY bro.

      Delete
    3. mohammed hadzlami husin12:20 PM, July 04, 2018

      saya bersetuju dengan apa yang Nazreen katakan itu. Cas mahal adalah untuk semua rakyat supaya menjaga elok2 sijil yang ada. Ianya berkait dengan TANGGUNGJAWAB menjaga harta sendiri. ^_^

      Delete
  3. Untk stam sme ke? Nk mhon kt mane?

    ReplyDelete
  4. Kalu pergi kaunter tp adik wakilkn blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada borg utk wakilkn.... tp kna gk ada salinan ic, result, n wang pos rasanya.

      Delete
    2. Untuk wakilkan orang, cik perlu sediakan surat pelantikan wakil dan salinan IC cik.

      Delete
    3. Assalamualaikum, kalau pi kat kaunter boleh dak suruh post pi rumah. STAM 7 hari tak boleh tunggu..

      Delete
    4. Nak guna urgent untuk kemasukan bulan 8,takut tak sempat tunggu post punya

      Delete
    5. Hanif Laa : boleh je suruh pos pergi rumah tapi saya suggest sediakan sampul pos laju kalau en hanif nak guna cepat.

      Delete
    6. nak tanya, mana nak dapat surat pelantikan wakil tu ye?

      Delete
    7. boleh je tulis tangan atau bertaip. buat surat formal je. ^_^

      Delete
    8. ic perlukan pengesahan dari mana2 pihak x?

      Delete
    9. Salami saya nak tanya boleh ke Kita ambil di lembaga peperiksaan di negeri Kita sbb sye jauh terengganu

      Delete
    10. Affan : maaf ya lambat balas, salinan I/C xd pengesahan pun xp..

      Zul Iskandar : x boleh mohon di JPNT. Kene mohon ke LP Putrajaya jugak. Kalau en. duduk di Tawau Sabah juga perlu datang terus ke LP jika nak cepat.

      Delete
  5. hi..nak tanya. Sekarang dah tak perlu buat laporan polis lagi kah untuk mendapatkan balik sijil SPM? Atau hanya perlu buat procedure di atas saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh x pyh wat report, hya hntr borg, salinan ic, n result. tu ja

      Delete
    2. Btul x perlu report polis da.

      Delete
  6. ahaa..klu sijil stam, nk mintak kat mna? hilang... blank ni

    ReplyDelete
  7. Nk tnya..nk hntr pos tu atas nama siapa?? Xkn kna tulis PENGARAH PEPERIKSAAN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuju kepada pengarah peperiksaan. Nanti sebelum surat tu sampai ke pengarah, org bawahan akan buka dulu, mereka akansort mengikut perkara. Ikut je arahan isi borang

      Delete
    2. Tuju kepada pengarah peperiksaan. Nanti sebelum surat tu sampai ke pengarah, org bawahan akan buka dulu, mereka akansort mengikut perkara. Ikut je arahan isi borang

      Delete
  8. dah seminggu anta..tp xdpt..ritu anta tp xde letak smpul surat kepada mereka..mcm mana ya? tapi bayaran pos dah bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau pos 3-4 minggu kot. Cuba call diorang.wang pos kita boleh amik balik kalau x silap. Ce tnya pjbt pos

      Delete
    2. Tuan boleh hubungi unit sijil, lembaga di no

      03-88843526/3528

      Delete
  9. Nak tanya wang pos tu kena letak dalam pos express tu ke? atau bagi kat kuanter pos je? sila jelaskan. Saya tak faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pg je pjbt pos ckp nk buat money order. Nnti dorg akn tlg buatkn

      Delete
    2. Wang pos tu kene letak dalam sampul dan pos bersama borang permohonan.

      Delete
  10. Boleh anta wakil x utk amek sijil kat kaunter..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tetapi tuan perlu menulis surat pelantikan wakil yang menunjukkan memang tuan melantik wakil tersebut untuk pihak tuan. Selain itu tuan perlu lampirkan juga salinan IC tuan.

      Delete
  11. memang sebulan ke baru sampai?

    ReplyDelete
  12. assalam, saya taksure tentang 2 smpul tu, yg satu lagi utk pihak LP nak balas balik tu camna? mohon pencerahan. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya,
      1 sampul dimasukkan kedalam sampul satu lg bersama-sama borang permohonan, wang pos dan fotokopi IC. Sampul tersebut akan digunakan oleh pihak lembaga untuk hantar semula kepada cik.

      Delete
  13. Nak tanya, kalau pergi dekat Lembaga Peperiksaan kat Putrajaya tu, inform yang kita nak mohon sijil SPM hilang terus siap ke atau kena tunggu beberapa minggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya sijil SPM tahun 1994 sehingga 2015 (tarikh komen ini ditulis) dan PMR tahun 1998 hingga 2013 boleh dapat hari yang sama.

      Selain yang di atas memerlukan tempoh 7 hari bekerja.

      Delete
  14. Kalau pegi lembaga peperiksaan dekat Selayang tak boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di selayang bukan Lembaga Peperiksaan. Di sana adalah Majlis Peperiksaan. Mereka mengendalikan peperiksaan STPM & MUET sahaja.

      Delete
  15. assalamualaikum. saya ada satu soalan tentang sampul tu. tak perlu ke gunakan sampul bersetem? dan lagi satu sampul untuk lembaga hantar ke kita tu, letakkan dalam sampul pertama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau encik da guna sampul pos ekspress maka tak perlulah sampul bersetem lagi.

      Satu lagi sampul untuk pihak lembaga hantar semua ke encik perlu disertakan bersama di dalam sampul pertama tadi.

      Delete
  16. wang pos tu letak sekali dalam sampul surat tu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Letakkan wang pos bersama dengan borang dalam sampul surat tu skali.

      Delete
  17. No yang tertera tidak dapat di kol, kenapa tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan kene cuba banyak kali kerana kami ada 2 nombor telefon sahaja untuk melayan panggilan seluruh negara.

      Delete
  18. Kat borang kn letak no angka giliran..
    Tp no angka giliran tak ingat..
    Mcm mana plk??

    ReplyDelete
  19. Kat borang kn letak no angka giliran..
    Tp no angka giliran tak ingat..
    Mcm mana plk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak ingat biarkan kosong

      Delete
    2. Kalau ada slip spm blh tengok dekat slip angka/no giliran

      Delete
  20. Bg'mana kalau x ingat keputusan?

    ReplyDelete
  21. Wow really helpful.thank you very much en hadzlami!

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam,bro klu trus g kaunter sijil dpt hari yg sme x?

      Delete
    2. sehingga komen ini ditulis, hanya peperiksaan dibawah ini sahaja yang boleh dapat hari yang sama.

      SPM (november) : 1994 sehingga 2015
      Terjemahan SPM (November) : 2000 sehingga 2016
      PMR : 1998 sehingga 2013

      selain di atas, semuanya perlukan masa 7 hari bekerja untuk proses

      Delete
  22. Assalamualaikum...sy ddk jauh kalau nk pergi ke PJ tu...kalau sy isi guna borang...tp ada masalah sikit sb no angka giliran sy dah tak ingat...nak mohon balik sijil ori spm.
    .tlng bri pnjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ingat no angka giliran tidak apa. kosongkan sahaja ruang itu

      Delete
  23. nak tanya kalau amek sijil benti sekolah pun kat situ jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sijil berhenti sekolah kene rujuk dengan sekolah cik balik.

      Delete
  24. Kalau calon persendirian, nama sekolah ltk nama apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak nama sekolah yg anda pergi untuk menjawab soalan peperiksaan (jika ingat). Kalau tak ingat biarkan kosong.

      Delete
    2. Hi nak tnya kalau nak dptkan Sijil STPM melalui kaunter berapa Lama proses diambil dan brpa caj?

      Delete
    3. sijil STPM saya tak pasti sebab tak pernah amik STPM dulu. so x pernah berurusan dengan MPM..

      Delete
  25. apa beza borang terjemahan keputusan peperiksaan dengan borang permohonan salinan keputusan peperiksaan? kalau hilang result, mmg kene isi dedua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salinan keputusan ialah gantian kepada sijil yang hilang. Manakala terjemahan keputusan pula ialah translation sijil dari BM ke English.

      Delete
    2. Maaf mencelah. Saya pun confuse antara borang terjemahan dan borang salinan. Saya cuma nak salinan result yg hilang je. So kena isi jugak ke borang terjemahan tu?

      Delete
    3. tak payah. lengkapkan borang salinan sahaja. ^_^

      Delete
  26. saya nak tanya kalau slip peperiksaan tak de sebagai bukti masih boleh buat tak sijil peperiksaan kalau melalui pos ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hanya perlu lengkapkan borang permohonan salinan dan lampirkan salinan ic & wang pos.

      Delete
  27. kalau slip pun hilang mcm mana nk apply sijil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permohonan salinan keputusan tak perlukan slip. Hanya lengkapkan borang permohonan dan hantarkan ke Lembaga Peperiksaan.

      Delete
  28. Tuan, salinan SPM yang digantikan macam sijil asal juga ke? Atau macam salinan yang copy tu jer? Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salinan SPM tu tidak seperti sijil asal. Tapi masih lagi mempunyai logo kerajaan yang berwarna. Bukan fotokopi jer. Valid sama macam yang original.

      Delete
  29. Tuan, kalau saya dah buat cara yg ke 2 tpi masih xdapat salinan tu, apa perlu sy buat yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik buat permohonan melalui pos ke? Kalau ye, ini apa yang cik boleh buat.

      1. telefon Unit Sijil di nombor 03-8884 3526/3528 untuk bertanya status permohonan cik. cik hanya perlu myatakan nama & no ic cik untuk unit sijil semak status permohonan cik.

      2. jika unit sijil mengesahkan permohonan cik sudah di pos ke cik, maka semak tracking number di laman web pos malaysia (jika ada sertakan sampul pos ekspress@poslaju prabayar). Jika cik tiada sertakan mana2 sampul seperti di atas, cik boleh rujuk dgn pejabat pos yang berdekatan dengan cik.

      p/s : kehilangan salinan keputusan semasa penghantaran ke cik bukan tanggungjawab pihak lembaga peperiksaan. Itu risiko dari pejabat pos malaysia.

      Delete
  30. Assalamualaikum..Kalau sijil spm hilang..pergi dekat Lembaga peperiksaan jalan duta boleh buat x ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh tuan..urusan penggantian sijil hanya di Putrajaya sahaja.

      Delete
    2. Wang pos nak kena letak nama apa ya?

      Delete
    3. kalau datang ke kaunter tak perlu wang pos. boleh gune wang tunai sahaja.

      Delete
  31. Salam nak tanya, boleh tak kalau nak mohon cetakan semula sijil spm di lembaga peperiksaan cawangan selayang? N boleh dpt sijil tu pada hari yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik nurasyikin...

      Lembaga Peperiksaan hanya ada di Putrajaya & Jalan Duta tapi urusan penggantian sijil hanya dibuat di Putrajaya sahaja.

      Di Selayang bukan Lembaga Peperiksaan tetapi Majlis Peperiksaan.

      Setakat komen ini ditulis, SPM tahun 1994 sehingga 2015 boleh dapat dalam tempoh satu jam sahaja.

      Delete
  32. salam nk tanya , kalau permohonan melalui pos berapa hari ye nak sampai , sebab sy perlu guna utk kemasukan universiti awal bulan september

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangkan supaya cik khairun nisak datang terus ke lembaga peperiksaan di putrajaya jika perlu segera. Permohonan melalui pos memakan masa lebih lama.

      Delete
  33. Kalu salinan ic tu wajib disahkan dlu ke? Cop penghulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada cop penghulu pun tidak mengapa. asalkan salinan ic disertakan bersama borang permohonan.

      Delete
  34. Assalamualaikum Tuan, Saya ingin memohon pencerahan.. Jika saya mewakilkan saudara yang terdekat bagi mengambil sijil yang hilang tersebut.. adakah perlu dibawa bersama salinan i/c saya..? Dan adakah diterima oleh Pengarah Peperiksaan jika salinan i/c saya tersebut itu di cetak?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika cik Shahirah mewakilkan saudara cik, cik perlu menulis sepucuk surat yang menyatakan memang saudara tersebut datang bagi pihak cik Shahirah. Kemudian fotostat i/c atau cetak sahaja gambar i/c dari whatsapp untuk disertakan bersama ketika membuat permohonan.

      p/s : borang permohonan boleh didapati di kaunter perkhidmatan Lembaga Peperiksaan.

      Delete
  35. Bole guns pos ekspres atau pos laju take?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi make sure bagi extra 1 yang kosong tuk pihak LP gune anta kat korang balik.

      Delete
  36. Assalamualaikum Encik.

    Jika saya ingin mewakilkan rakan bagi mengambil salinan sijil STPM 2009.. 1. adakah perlu salinan i/c saya disahkan dahulu oleh pengetua? 2. Kalau surat kuasa cetak daripada file scan hantar melalui email boleh tak? 3. Rakan saya perlu tak sediakan wang pos atau boleh sahaja bayar tunai untuk dapatkan salinan sijil STPM? 4. Untuk sijil STPM boleh dapat dalam masa sejam juga ke?

    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sijil STPM saya tak pasti kerana saya hanya tahu berkenaan sijil yang dikeluarkan oleh pihak LP. saya mohon maaf ya sbb masih belum mendapatkan info lanjut berkenaan STPM/MUET.

      Delete
    2. assalamualakum, keputusan spm dan sijil spm saya hilang, boleh ke saya dapat 2 benda tu dekat LP, dan lagi dapat yang original atau salinan sahaja?

      Delete
    3. waalaikumsalam Aiman, keputusan tu maksud awk slip ker? kalau betul slip, maka kalau hilang pun tak mengapa kerana yang paling penting ialah sijil. Kalau sijil hilang, boleh mohon salinan dengan LP tapi takkan dapat yang original. Pihak LP bgtau sijil yang original hanya keluar sekali seumur hidup.

      Delete
  37. Alamak saya terlupa nak post duit Rm30.00 la jadi mcm mana ya nak bayar? file borang dgn ic semua dah send hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pihak LP akan query borang tu dan akan post semula kepada awk. So terpulang awk nak tunggu borang tu sampai balik atau nak anta permohonan baru. Cadangan saya hantar yang baru. ^_^

      Delete
  38. Alamat nak tulis kepada siapa ya

    ReplyDelete
  39. Saya lupa untuk letakkan sampul kedua ke dlm smpul yg saya hntr .. mcm mana yea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe pun kalau x letak sampul kedua dalam permohonan. Nanti LP akan pos kt awk guna sampul pos biasa yang kaler coklat tu la. Maybe akan sampai lambat sikit la.

      Delete
  40. Saya lupa untuk letakkan sampul kedua ke dlm smpul yg saya hntr .. mcm mana yea ? Adakah permohonan sy tidak di proses?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe pun kalau x letak sampul kedua dalam permohonan. Nanti LP akan pos kt awk guna sampul pos biasa yang kaler coklat tu la. Maybe akan sampai lambat sikit la. Yang penting borang awak lengkap disertakan bersama duit/wang pos rm30 dan fotostat i/c. Jika lengkap semua tu, permohonan awak tetap akan diproses. ^_^

      Delete
  41. Tumpang tanya,untuk buat permohonan di kaunter lembaga peperiksaan kena bawa slip peperiksaan sekali tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bawak pun xp. kalau bawak pun bagus jugak sebab kat slip tu ade no angka giliran. ^_^

      Delete
  42. Tumpang tanya,untuk buat permohonan di kaunter lembaga peperiksaan kena bawa slip peperiksaan sekali tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bawak pun xp. kalau bawak pun bagus jugak sebab kat slip tu ade no angka giliran. ^_^

      Delete
  43. Sudah sebulan saya hntr prmohonan .. tp masih tiada jwpn.. apa yg saya patut sy buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. telefon unit sijil LP (03-8884 3526/3528) tuk tanya status. da call diorg ke belum?

      Delete
  44. Salam saya tak faham berkaitan 2 sampul surat tu. Sampul tu beli dekat pos laju? Sampul pertama nak isi apa dan sampul kedua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampul tu boleh beli kat pos opis..

      1 sampul lipat pastu masukkan dalam sampul 1 lagi bersama-sama dengan borang, wang pos yg mencukupi dan fotostat ic.

      sampul yang dilipat masuk tu biasenya LP akan gune tuk hantar balik ke ayu..

      ^_^

      Delete
  45. Salam. saya cuma inginkn kepastian. Jika adik saya mewakilkn sy utk ambik salinan sijil spm yg hilang. Sy cuma perlu bawak surat perwakilan, salinan ic adik dan salinan ic saya serta bayaran rm30 sahaja kan? Atau ada apa-apa tambahan ye.

    ReplyDelete
  46. Saya sngt brterima kasih atas info yg sgt mmbntu .. akhirnya saya brjya dptkn slinan keputusan saya .. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. tercapai jugak matlamat saya nak bagi info yang betul.

      Delete
  47. "wang pos/kiriman wang mesti atas nama 'Pengarah Peperiksan' " boleh terangkan tak arahan ni? sy tak fhm

    ReplyDelete
    Replies
    1. di wang pos atau kiriman wang tu ade ruang "bayar kepada". ruang itu yang mesti tulis PENGARAH PEPERIKSAAN. Kalau tulis selain dari PENGARAH PEPERIKSAAN, saya takut pihak LP akan reject permohonan tuan sbb wang pos akan dikira rosak.

      Delete
  48. Salam sejahtera,seperti yg tuan cakap kan,jika sijil PMR bagi tahun 1998 hingga 2013 hilang, proses untuk mendapatkan salinan yg baru hnya mengambil masa sehari sahaja kan? Saya telah kehilangan sijil PMR 2010,di sini sya ingin mnggajukan soalan, kalau sya mnggunakan perkhidmatan pos mnggunakan sampul surat pos ekspress adakah sijil saya itu akan sampai dalam msa yg terdekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. urgent nak guna ke? kalau urgent lebih baik cari masa untuk terus datang ke LP sbb proses tu amik masa paling lama 1 jam je.

      kalau x dpt dtg jugak, boleh hantar guna pos ekspress tapi jangan lupa bagi extra sampul tuk LP guna hantar balik permohonan tu ke kamu. ok?

      Delete
  49. Sya dok srwak tuan hehe..ok trima kasih sebab dh bagi info yg betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 tuan. Semoga info yang diberi bermanfaat pada tuan dan orang lain. ^_^

      Delete
  50. salam, tuan. kalo dari sabah pun kna minta sjil spm tu d putrajaya juga ka.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam amy yyra. Seluruh Malaysia kene mohon salinan sijil dari Putrajaya sahaja kerana Lembaga Peperiksaan tiada cawangan lain selain Putrajaya.

      Delete
  51. Assalm nk tanya borang tu ade tiga kan semua ke kena isi utk spm tk faham nk isi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Yang penting ialah pada muka surat yang depan skali. Yang lain-lain hanya berfungsi jika tuan menggunakan borang tersebut dan hadir ke kaunter LP sendiri. Jika permohonan melalui pos, cukup hanya lengkapkan muka hadapan sekali.

      Delete
  52. Salam,tuan.Salinan keputusan pt3 bagi tahun 2015 boleh ambil kali yang kedua kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai mana yang saya maklumkan di atas, untuk PT3 tuan kena merujuk semula dengan pihak sekolah kerana PT3 adalah PBS.

      Delete
    2. Adakah saye perlu ke pejabat untuk meminta sijil

      Delete
  53. Terima kaseh kerana banyak membantu sy.

    ReplyDelete
  54. Sijil Spm saya bukan hilang..tapi semenjak lepas result keluar sampai hari ni sijil tak diambil..
    Mohon kerja guna slip keputusan je.
    So dlm kes ni kena ikut prosedur yg sama juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tuan. prosedur di atas juga terguna pakai untuk orang yang tak pernah ambil sijil di sekolah. Namun diingatkan supaya membuat semakan sekali lagi dengan sekolah sama ada sekolah masih menyimpan sijil tersebut atau tidak.

      Delete
  55. pihak sekolah ada bgitau saya. kalau sijil hilang. kena buat kt jpn, macam mne tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pihak jpn tetap akan hantar ke LP Putrajaya. Jadi lebih cepat if cik hantar sendiri terus ke LP.

      Delete
  56. assalam tuan,
    nak tanya, dalam borang permohonan, Pada bahagian butiran Permohon , ada NO. WANG POS
    nak isi apa ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. isikan no wang pos seperti yang tertera pada wang pos encik

      Delete
  57. Dan JUMLAH RM :
    tu nak tulis rm 30 ke utk sijil spm?

    ReplyDelete
  58. Hai kalau ambik SPM tahun 2004 tp gagal ada cara x nak modified sijil bg lulus?? Serius nie nak buat.. kalau boleh emailkan dekat saya akmalrizal291284@gmail.com saya berharap ada yg dapat bantu.. nak ambik semula SPM umur dah tua otak dah beku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf encik. satu-satunya cara untuk dapat result yang baik ialah dengan menduduki peperiksaan sekali lagi.

      *Tiada jalan pintas untuk berjaya*

      Delete
  59. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  60. Hi klo nak ambil sijil asal pmr kena mohon ikut permohonan salinan sijil ke? Atau
    Permohonan terjemahan keputusan peperiksaan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sijil asal sama ada SPM atau PMR hanya dikeluarkan sekali sahaja seumur hidup. Maka jika sijil tersebut hilang, encik hanya boleh memohon salinan sijil.

      Delete
  61. Tuan nak tanya kalau sijil kokurikulim sekolah menengah punya ada ke?..mohon balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sijil kokurikulum saya tak pasti nak mohon mana. belum abis research lagi

      Delete
  62. Kalau sijil stpm kena pergi selayang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kerana STPM under Majlis Peperiksaan Malaysia

      Delete
  63. Assalamualaikum tuan, kalau saya beli 2 sampul pos laju perlu lagikah beli setem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. poslaju yang diterima hanya sampul poslaju prabayar a.k.a. prepaid. setem x diperlukan kalau guna sampul poslaju prabayar ni.

      Delete
  64. wang pos>belilah ikut brp byk sijil yg korang nak yg penting RM30/salinan
    BOLEH TERANGKAN TAK?KURANG JELASLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehelai dikenakan cas sebanyak rm30. maka jika cik nak 8 salinan sijil spm cik maka cik perlu membayar RM30 x 8 helai...

      Delete
  65. Saya nak tnya macamana nak mintak blik sjil2 yg kita hilg waktu sekolah menengah dlu...sjil sy byk yg hilg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sijil apa yang hilang? kalau spm & pmr boleh mohon dengan LP

      Delete
  66. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  67. Sqlqm, tmpng tnye...klau sy pnye sijil SVM dan Sijil² result sem² lepas sy hilang...blh mohon dkt putrajaya tak dan mn nk dptkn borang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunakan jerr borang permohonan salinan keputusan tu. dalam kotak jenis peperiksaan tuliskan SVM. kemudian hantar ke LP.

      Delete
    2. Salam saya nak tanya, kalau sijil SVM BAHASA MELAYU saja yang hilang. bahagian kotak tu nak tulis apa ya?

      Delete
  68. Salam, tumpang tanya sijil Spm i ada tapi keputusan Spm yg mcm resit itu dah hilang..boleh tak dapatkan balik dekat LP Putrajaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kertas putih biasa tu ker? kalau yang itu, itu slip. slip kalau hilang pun xd masalah. yang penting sijil tu..

      Delete
  69. Assalam nak tanya.kalau tersilap isi wang pos tu mcm mana ye?saya tersilap isi tempat yang tandatangan penerima dan no ic tu dengan saya punya nama sebab tak pernah buat wang pos sebelum ni.adakah dikira tak sah wang pos tu?macam mana ye.apa patut saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..biasanya kalau x silap permohonan cik ni akan ditolak oleh pihak unit sijil atas kategori wang pos rosak..maka apa yang cik perlu buat ialah tunggu sehingga LP return balik borang cik dan guna semula borang tersebut & lampirkan wang pos yang baru..

      wang pos yang rejected tu boleh tukar semula dengan pejabat pos..

      Delete
  70. Assalammualaikum. Maaf nak tanya. Wang pos kena letak atas nama siapa ye . Pengarah peperiksaan ke ?

    ReplyDelete
  71. Asalamualaikum, bayaran kepada tu mmg kena letak atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA ye? Sbb ad baca dkt blog lain atas nama pengarah peperiksaan,takut salah letaj nama. Lepastu kalau mcm sy nk mohon semula sjil pmr dan spm, boleh ke sy masukkan permohonan dlm 1 sampul je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Peraturan baru dari LP bermula dari 1 Julai lalu semua cek/wang pos mesti diletakkan atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Jika selain dari itu, pihak LP kata mereka x terima.

      2) 2 permohonan boleh letak satu sampul je. X perlulah nk membazir sampai letak dalam 2 sampul yg belainan. 1 sampul da cukup. ^_^

      Delete
  72. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum , nak tanya untuk permohonan sijil stam kena download borang yang sama ke macam borang spm tu ? Lepastu kalau nak mintak 2 sijil . Spm dengan stam . Bayaran dia macam mana ye ? Boleh tlg terangkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya guna borang yang sama dgn borang spm tu. bayaran dia macam saya cakap RM30 untuk setiap salinan. so kalau nak spm & stam kan da 2 salinan so kene la rm60. tapi stam ade 2 sijil (arab & rumi). so kalau nak 2-2 so total salinan akan jadi 3 keping so total bayaran rm90 la. faham x?

      Delete
  74. Assalamualaikum..sy nak tanya, selain family, boleh ke wakilkan kawan untuk tolong ambik salinan sijil spm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je asalkan dokumen cukup macam apa yang LP nak.

      1. ada borang permohonan,
      2. ada surat perwakilan, dan
      3. ada fotostat i/c

      Delete
    2. Maaf sy tanya lagi, surat perwakilan tu macam mana pulak ye?

      Delete
    3. just surat formal biasa yang mengatakan tuan mewakilkan someone untuk ambilkan sijil bagi pihak tuan.

      Delete
  75. saya dah buat pemohonan melalui pos . tapi belum smpai lgi. saya nk guna sijil spm itu secepat mungkin. sbb nk smbung degree. tapi kalau blom dpt salinan sijil tu m mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade bagi sampul pos ekspress atau sampul pos laju prabayar extra x untuk LP anta balik ke awak? klu xd maknenye diorg gune pos biasa je anta ke awak. so kene tunggu je la..

      Delete
  76. Boleh tak klu borang tu kita isi pastu scan hantar kt pejabat ?boleh diterima ke

    ReplyDelete
  77. Dalam SVM tu ada 3 salinan sijil, adakah saya perlu membuat bayaran untuk tiga salinan sijil tersebut




    ReplyDelete
    Replies
    1. SVM buat masa sekarang dikatakan tidak perlu bayaran. Tapi kalau hanya hilang 1 sahaja, bolehlah mohon 1 je.

      Delete
  78. HAI assalammualaikum, macam mana ye nak pergi pos laju tu? nanti sijil nya akan hantar terus ke rumah kita ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai waalaikumsalam, pergi poslaju? x perlu pun sampai g poslaju kalau jauh dari rumah/opis. Pergi je ke mana2 pejabat pos malaysia terdekat then bagitahu mereka yang sobri nak 2 sampul POSLAJU PRABAYAR. Pastu nnt sobri akan dapat 2 sampul poslaju prabayar dan 2 keping kertas kaler pepel. 1 keping tulis penerima ialah Pengarah Peperiksaan dan alamat LP. Then 1 lagi tu penerima ialah nama sobri dan alamat yang sobri nak posman hantarkan sijil tu ke mana.

      Delete
  79. Salam.. mcm mana ye kalau lupe no angka giliran exam? sbb tgk dlm borang tu die minta no. angka giliran. Mohon pencerahan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. angka giliran boleh kosongkan jika tidak ingat...

      Delete
  80. asslm. . td sy dah call pihak lembaga peperiksaan putrajaya untk menukar maklumat pd sijil spm. . . dorg ckp xboleh tukar. . . sbb hanya bole tukar pd tahun semasa nk spm. . . .ade x cara lain ek? nk tukar nama pd sijil spm 2011?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya biasanya kesalahan tu berpunca dari calon spm tu sendiri yg x pernah alert pasal kesilapan kecik cmtu. selepas sedekad baru nak perasan. biasa mmg LP takkan ubah da maklumat tu.

      Delete
  81. Result pt3 2014 saya hilang ..saya dah tnya pihak sekolah tapi mereka cakp dh tak ada salinan , bagaimana ya? ?

    ReplyDelete
  82. PT3 saya x pastilah. Cube tanye sekolah cakap kat diorg mane nak amik sbb kt LP mmg xd copy. Boleh print out borang dan tunjuk peraturan no 9.

    ReplyDelete
  83. PERLUKAN RUNNER UNTUK SIJIL PMR/SPM ?

    BOLEH HUBUNGI SY
    📲 014 631 2839

    Fb : Osman Runner
    Instagram : osman_runner

    ReplyDelete
  84. tuan hadzlami, kalo beli sampul express saiz a4, nak masukkan satu lagi sampul pos ekspres saiz a4 jugak utk lp pos semula kpd kita, macam x muat. ke patut beli sampul poslaju L, masukkan sampul a4 ke dalam tu dan baru pos. pening juga ni

    ReplyDelete
  85. salam tuan hadzlami, saya nak tanya ni kan sijil SVM ada 3 jenis sijil. Saya nak mohon satu sijil saja iaitu sijil SVM BAHASA MALAYSIA KOD 1104. macam mana nak isi bahagian collum tu eh ?

    ReplyDelete
  86. Replies
    1. Kalo nak dapatkan sijil some kat putrajaya Sabah boleh ke

      Delete
    2. Sijil spm nak dapatkan kat putrajaya Sabah boleh ke

      Delete
  87. Assalam..nak tanya..saya dah pos borang mohon sijil hilang tapi lupa nak letal sekali sampul pos alamat sendiri..camna nak buat ya..habisla kali ni wang pos jadi burn ke camne ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai