Bunting pelamin itu adalah pelamin yang bunting..hahaha ye la kan kalau x nape diorg ckp bunting pelamin..wakakaka
Well, bunting pelamin hanya istilah yang digunapakai serta diterima guna oleh semua org malaysia untuk menerangkan pasangan pengantin yang bunting awal. So amacam penerangan aku? Terang lagi di torchlightkan x? Haha
Tajuk entry kali nih kerana aku nk menghebahkan ke seluruh dunia yang aku berjaya mendapat bunting pelamin..eh silap, bukan aku tapi isteri aku..hehe Isteri aku disahkan mengandung namun masih tidak dapat mengetahui usia kandungan kerana kami masih belum membuat scanning lagi. Insya-Allah selepas raya kami akan buat scanning tuk tahu usia kandungan dan tarikh anggaran bersalin.
Pengalaman pertama nih sungguh mengujakan. Banyak perkara yang aku kene belajar terutama dalam hal jaga isteri yang mengandung tuh. Perkara paling mencabar ialah menjaga nutrisinya. Mestilah aku nk bayi aku sehat & kuat walaupun xd la sekuat Malik Noor atau Rosyam Noor tapi at least dia tidak lah mengalami ape2 kecacatan. Tu priority aku tu. Bapak mithali kan.
Comments
Post a Comment