Ramadan 20, setiap kali tiba ke detik ini perasaan aku pasti bercampur baur. Tinggal 9 hari je lagi Syawal akan tiba. Orang ramai akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali hari ke 20 Ramadan, lebih ramai yang akan membuat persediaan raya berbanding persiapan untuk mengucapkan selamat tinggal ke Ramadan.
Aku sering takut jika Ramadan tahun ini adalah Ramadan terakhir untuk aku. Ajal maut bukan di tangan aku. Ianya berlaku atas kehendak Allah. Jika Dia mahu aku mengadap-Nya cepat, pasti aku akan pergi. Ramadan sahajalah peluang aku mengumpul amal ibadah sebagai bekalan untuk bertemu Allah S.W.T.
Comments
Post a Comment