Walau ramai yang kate dunia ini terlalu banyak perkara yang menarik namun perasan tak yang kadangkala perkara yang paling simple lebih bermakna berbanding segala isi dunia ni. Lebih-lebih lagi perkara tu datang dari orang yang kita sayang.
Macam yang aku selalu alami sejak berkahwin. Walaupun isteri sentiasa masak makanan yang simple dengan 1 atau 2 lauk sahaja, namun ia tetap terasa enak dan tidak boleh ditandingi (tapi tak boleh lawan masakan ibu). Tu la sebabnya sejak berkahwin nih aku mempunyai hobi baru iaitu mengumpul lemak di badan. Akibatnya badan semakin membesar dan berat semakin naik. Natijahnya aku semakin risau dengan perubahan fizikal aku ini.
Konklusinya, aku terpaksa mencari solusi untuk membuang hobi baru nih. Peliks la sebab orang lain takde pun hobi cam aku nih. So google punye google, aku mendarat di blog fatin liyana yang bercerita tentang pengalaman beliau sendiri menguruskan badan. Cerita beliau yang berjaya mengurangkan berat badan telah meniupkan api semangat yang telah lama padam dalam diri aku nih. InsyaAllah dengan izin Allah aku akan cuba cara yang dibuat oleh blogger tersebut.
Akal HH : Semoga berjaya tuk diri sendiri!! CHAYOK!! CHAYOK!! GANBATTE!!
Comments
Post a Comment