Dewasa ini lagu dari Indonesia yang bertajuk Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang nyanyian Tegar sering diputarkan di corong-corong radio dan sering dipinta orang ramai. Lirik lagunya yang penuh dengan pengajaran kehidupan yang menunjukkan betapa susahnya hidup namun jika ia berusaha Allah pasti akan membantunya.
Pertama kali aku dengar lagu ini di Hot.fm, aku terasa seperti sayu je. Seolah-olah lagu ini menceritakan tentang kisah hidup penyanyi tersebut. Melalui pembacaan aku di Budak Hitam, Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, merupakan seorang miskin dan terpaksa berhenti sekolah akibat tidak mampu menanggung yuran persekolahannya. Ibunya adalah penyanyi jalanan manakala ayah tirinya pula hanya buruh (tidak dipastikan buruh apa).
Disebabkan kemiskinannya, Tegar telah mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah ibunya menjadi seorang penyanyi jalanan. Kemudian video ketika beliau menyanyi di jalanan telah dimuatnaik ke YouTube (samalah macam Ainan Tasneem & Najwa Latif). Beliau sempat mencipta 2 buah lagu iaitu Kasih Ibu dan lagu ini. Kini akibat kepopularitinya di Youtube, beliau dapat menikmati kesenangan dan tidak lagi miskin.
p/s : sumber dari Budak Hitam (dot) Net
Comments
Post a Comment