Skip to main content

Kalau Aku Kaya.......!!!

Sejak akhir-akhir nih lagu "Kalau Aku Kaya" nyanyian Altimet & Awi Rafael sangat fofuler di corong-corong radio tanah air tercinta ini #MalaysiaMasihAman. Entry aku nih bukan nk cerita tentang lagu tu atau niat aku nk gajikan M.Schumaker jadi driver tapi nk ceritera pasal senarai orang-orang kaya. Tak kesah lah yang terkaya di dunia atau setakat terkaya di Malaysia nih jer. 

Hmm..nk mula mane dulu ye, list kaya dalam Malaysia ke atau list kaya seluruh dunia. Korang nk tau mane dulu? Aku rase aku start dengan yang besar dulu la yer.

Forbes telah menjalankan pengiraan harta & kekayaan setiap individu dan dirankingkan ( aku x larat nk wat survey nih sbb penduduk dunia nih ade berbillion tu) pada mac 2013 lalu. Maka berikut adalah list 10 terkaya sahaja.

No. 1 = Carlos Slim Helu & Keluarga (warganegara Mexico), 73 dengan kekayaan sebanyak $73Billion (billion ni ade 9 kali nombor 0). Beliau mengumpul kekayaan melalui perniagaan sektor telekomunikasi.

No. 2 = Bill Gates (warganegara USA), 57 dengan kekayaan sebanyak $67Billion. Beliau mengumpul kekayaan melalui Syarikat Microsoft. Rasenya semua kenal mamat nih kan? 

No. 3 = Amancio Ortega (warganegara Spain), 77 dengan kekayaan sebanyak $57Billion. Beliau mengumpul kekayaan melalui Zara.

No. 4 = Warren Buffet (warganegara USA), 82 dengan kekayaan sebanyak $53.5Billion. Beliau mengumpul kekayaan melalui Berkshire Hathaway.

No. 5 = Larry Ellison (warganegara USA), 68 dengan kekayaan sebanyak $43Billion. Beliau mengumpul kekayaan melalui Oracle.

Haaa...no. 6 ni istimewa sikit sbb ia berkongsi tempat dengan 2 orang. Kedua-duanya mempunyai kekayaan sebanyak $34Billion dan berasal dari USA. Mereka adalah Charles Koch, 77 dan David Koch, 73.

No. 8 = Li Ka-Shing (warganegara Hong Kong), 85 dengan kekayaan sebanyak $31Billion.

No. 9 = Liliane Bettencourt & Keluarga (warganegara Perancis), 90 dengan kekayaan sebanyak $30Billion. Beliau mengumpul kekayaan melalui L'Oreal.

No. 10 = Bernard Arnault & Keluarga (Perancis gak), 64 dengan kekayaan sebanyak $29Billion hasil dari syarikat LVMH. Peminat2 barangan LV tau kot mamat nih. ^_^

Abes gak senarai 10 terkaya di dunia. Sekarang mari kite tgk sapa yang terkaya di Malaysia lak. Aku ceduk list tu dari BERNAMA.

1. Robert Kuok Hock Nien, 90 dengan aset berjumlah RM46.1B (lebih kurang $11.525B)
2. T. Ananda Krishnan, 75 dengan aset RM32.9B ($8.225B)
3. Tan Sri Teh Hong Piow, 83 dengan aset RM13.73B ($3.4325B)
4. Tan Sri Quek Leng Chan, 72 dengan aset RM11.09B ($2.77.25B)
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 61 dengan aset bernilai RM10.6B ($2.65B)
6. Tan Sri Lee Shin Cheng, 84 dengan aset RM10.56B ($2.64B)
7. Tan Sri Lim Kok Thay, 62 aset RM8.12B ($2.03B)
8. Puan Sri Lee Kim Hua, 95 (balu kepada pengasas Genting, Lim Goh Tong) dengan aset RM7.24B ($1.81B)
9. Tan Sri Tiong Hiew King, 78 dengan aset RM6.35B ($1.5875B)
10. Ong Beng Seng, 69 dengan nilai kekayaan RM4.02B ($1.005B)

Senarai nih sebenarnya bukan la tepat sangat tuk mengukur kekayaan seseorang sebab mungkin ade lagi harta mereka yang tidak diregisterkan dan tidak dikerahui umum yang lain. Tapi secara rasminya kita boleh la mengambil kira list di atas sehinggalah dikeluarkan list baru nanti. Kan2?







P/S : Nilai kekayaan di dunia tidak mencerminkan nilai seseorang di sisi Allah. Namun dengan harta, boleh lah kita berbelanja di jalan Allah dengan banyaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai