Aku nk start entry aku arini dengan 1 pertanyaan kat korang. Korang pernah x alami situasi yang korang rasa cam korang pernah lalui sebelum ni walhal korang x pnah lagi lalui mende tu? Umpama cam korang pernah ditunjukkan ape yang bakal berlaku akan datang sebelum ianya betul-betul berlaku.
Ade orang cakap mende nih karma. Tapi karma tu ape mende? Aku x tau la. Nanti sesiapa tolong info aku pasal karma nih kt komen bawah ye. Eh berbalik ke perenggan atas tadi, ni aku cite something yang baru berlaku kt diri aku sebentar tadi.
Semasa di ofis tadi, makcik-makcik kt ofis nih cerita tentang raya. Ada macam-macam cerita raya yang keluar. Aku hanya mendengar je perbualan makcik-makcik nih sbb aku malas nk join. Sebuk nk seting balik hp aku yang baru je format pagi-pagi buta tadi. Sedang aku leka mendengar perbualan-perbualan diorang, tiba-tiba aku terasa macam aku pernah lalui saat tuh. Semua ayat-ayat pertuturan diorg semua sama cam yang aku pernah lalui sebelum ni. Ayat dioramg sebiji sama. Bukan setakat perkataan je. Perbuatan diorang dan suasana sekeliling sama sebiji cam ape yang aku pernah lalui sebelum ni.
Sampai sekarang aku masih memikir camne perkara camni boleh berlaku. Umpama cam Allah telah berkenan untuk aku tau secebis kisah masa depan. Ke memang mende nih normal dan berlaku ke semua orang? Ntahlah.
Well, arinih da hari ke 23 ramadan. Lagi 6 hari je nk berpuasa. Selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelang. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment