Kita selalu dengar jus epal tapi pernah tak kita terpikir untuk menggabungkan jus epal yang memang masam dengan something yang pahit cam peria? Aku mendapat idea ini berikutan gabungan resepi dari officemate pasal jus epal plus kurma dan cadangan dari doktor kepada isteri supaya mengambil diet peria untuk mengekalkan kandungan HB kandungan.
So aku terpikir ape salahnya if kita campurkan epal hijau dan peria. Mungkin rasanya lebih baik berbanding hanya peria. Hasilnya malam tadi aku telah cube bereksperimentasi dengan kedua-dua item tersebut. Di bawah ini disertakan cara aku buat jus epal hijau plus peria.
BAHAN - BAHAN :
Peria
Epal Hijau
Gula Pasir
Air Mineral
Buat jus nih senang je sebab bahan-bahan dia tak banyak dan kuantitinya bergantung kepada diri sendiri. Contoh cam ape yang aku buat, aku lebihkan epal hijau tu sebab aku namakan resepi nih jus epal hijau plus peria. Jika anda-anda semua suka pahit, lebihkan bilangan peria tu.
Mula-mula potong peria dan epal tersebut menjadi kepingan-kepingan kecil (penting muat blender anda) seperti gambar bawah..
Peria yang dipotong kecil-kecil |
Epal hijau dipotong dadu |
Kemudian masukkan kedua-duanya kedalam pengisar jus a.k.a. blender. Blend sehingga hancur. Opsss jgn lupa tambah air mineral sebelum blend. Kemudian tambah sedikit gula (macam korang wat jus epal biasa tuh). Blend lagi sehingga halus dan hancur kesemuanya. Apabila selesai, tapis dan perah hasil blender untuk mendapatkan jus.
Inilah hasilnya. Boleh terus diminum atau simpan dahulu dalam peti sejuk untuk lebih enak diminum.
"SELAMAT MENCUBA"
Comments
Post a Comment