Skip to main content

Posts

UPDATE : PKP DIKUATKUASAKAN DI SELURUH KELANTAN, DAERAH SIBU, SELANGAU & KANOWIT, SARAWAK

Menurut hebahan SMS dari MKN, beberapa daerah di Sarawak & seluruh Kelantan akan diletakkan dibawah PKP mulai 16 Januari sehingga 26 Januari 2021.  Ini berikutan pertambahan jumlah kes dan kluster baharu yang dikesan di negeri Kelantan sehingga menyebabkan beberapa jajahan di Kelantan menjadi Zon Merah.  Pengumuman ini menunjukkan pertambahan bilangan negeri yang dikenakan PKP selepas Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Sabah & Pulau Pinang.  Semoga rakyat negeri Kelantan terus menjaga SOP dan menjaga kesihatan diri sendiri.

PKP datang lagi!!

  Assalamualaikum semua,  Macam mana perasaan semua apabila Perdana Menteri umumkan penguatkuasaan semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?  Seperti mana yang kita semua tahu, hanya 6 negeri yang dikenakan PKP iaitu, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya & Labuan), Johor, Pulau Pinang, Melaka & Sabah. 6 negeri lain iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu & Pahang dilaksanakan PKPB manakala Perlis & Sarawak dilaksanakan PKPP. Perintah ini terpaksa dilakukan oleh Perdana Menteri akibat angka jangkitan harian COVID-19 mula berada sekitar 3000 kes. Perintah ini juga untuk mengelakkan keruntuhan sistem kesihatan negara yang mula mencapai limit kapasiti. Keletihan para-para frontliner mula kelihatan & ramai antara mereka juga mula dijangkiti COVID-19 ini. Selain itu, kebanyakkan hospital di Lembah Klang mula mencapai kapasiti sehingga 100% katil di wad2.  Walaupun PKP2.0 ini dilaksanakan, ianya tidaklah sama seperti PKP1.0 yang ...

Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

  SELAMAT TINGGAL 2020!!! SELAMAT DATANG 2021!!! Ingat lagi tak semasa kedatangan awal tahun 2020, semua rakyat Malaysia menyambut tahun 2020 dengan 1001 harapan. Ini kerana kita telahpun bercakap-cakap berkenaan tahun 2020 sejak zaman Perdana Menteri ke-4 lagi. Kita harapkan 2020 datang membawa pelbagai kemajuan kepada negara apabila sekali lagi PM yang mencanangkan WAWASAN 2020 adalah PM yang sama menerajui Malaysia sekali lagi.  Rupa-rupanya pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang 2020 dimana pertama kali dalam sejarah kerajaan berubah hanya kerana lompatan2 YB di Parlimen. Berubah tanpa mandat PRU. Selang 2 minggu selepas PM ke-8 (Datuk Seri Muhyiddin) mengambil alih kerajaan, beliau mengambil keputusan untuk TOTAL LOCKDOWN  a.k.a. PKP bermula 18 Mac 2020 akibat penularan COVID-19. Maka sejak itu, rakyat terpaksa menjalani norma baharu untuk hidup. Ramai yang hilang pekerjaan, ekonomi negara menguncup & anak2 hanya bersekolah dari rumah. Tahun 2020 telah mengaj...

Hati2 Dalam Perjalanan Pulang

Hari ini seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti panjang sempena perayaan (walaupun tidak disambut) ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana pusat peranginan.  Aku pun sama seperti kalian, tahun ini pulang ke kampung isteri di Terengganu. Seperti yang semua tahu, hujung tahun adalah musim tengkujuh di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur. Hari ini perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Dungun terasa sangat lancar dengan kelajuan purata di LPT sekitar 130kmj. Namun apabila tiba sahaja ke sempadan daerah Hulu Terengganu, langit gelap bersama curahan hujan yang sangat lebat menanti. Belum sempat aku memperlahankan kereta, tayar terasa tergelincir dan hampir hilang kawalan. Nasib baik aku sempat mengawal stereng dan mula menurunkan kelajuan sekitar 80kmj sahaja. Sebaik sahaja aku dapat mengawal kereta, aku dikejutkan dengan deretan kereta yang menekan brake beramai-ramai. Rupa-rupanya semuanya ingin mengelak sebuah Proton Saga y...

iOS 14.3 sedia dikemaskini

  iOS 14.3 dan iPadOS 14.3 kini telah sedia untuk dikemaskini oleh pengguna Apple dengan beberapa kemaskini baharu. Untuk post ini saya akan senaraikan antara pembaharuan yang dibawa oleh iOS 14.3 kali ini. Namun suka saya ingatkan bahawa tidak semua fungsi baru ini disokong di Malaysia. Apple Fitness+ Dengan harga US$9.99 sebulan dan termasuk dalam kumpulan Apple One peringkat tertinggi, Apple Fitness + adalah perkhidmatan terbaru Apple yang direka untuk bekerja dengan Apple Watch. Ia menawarkan latihan berpandu yang disediakan oleh pelatih yang disewa oleh Apple, dengan Apple Watch yang digunakan untuk mengesan kemajuan melalui latihan. Ciri Apple Fitness+ Latihan video ditonton di Apple TV, iPad, atau iPhone, dengan metrik Apple Watch disediakan tepat di skrin. Jenis latihan termasuk Latihan Selang Intensiti Tinggi, Berbasikal Dalam Ruangan, Yoga, Inti, Kekuatan, Tarian, Mendayung, Treadmill Walking, Treadmill Running, dan Mindful Cooldown, dengan Apple menawarkan cadangan dan c...

Selamat Datang Nur Qadeeja Adeelia

Da sebulan usia bayi ke empat aku lahir ke dunia ni. Alhamdulillaah keadaannya sihat dan sejahtera. Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan kamu. Daddy & Mummy akan sentiasa menyokongmu hingga dewasa.

Perlukan Khidmat Delivery Sijil Peperiksaan?

Korang da baca cara2 untuk dapatkan sijil peperiksaan yang hilang kat post lama aku? Kalau belum boleh baca dengan klik sini . So camne? Ade masa x untuk buat semua tu? Kalau korang rasa korang xd masa untuk buat semua tu atau korang nak cepat lebih cepat dari korang mohon sendiri, korang boleh rujuk IG aku untuk aku bantu korang. Klik sini  untuk ushar IG aku. PM/DM aku terus di IG. Jangan tinggal komen kat sini sebab aku jarang on blog. Korang boleh jugak terus ushar page FB aku di sini . Boleh tinggalkan PM / DM kat sane jugak. Aku akan cuba bantu korang ikut cmne. Bayaran juga boleh kita bincang. Ape2 contact aku dulu. #sijilspmhilang #sijilspm #sijilhilang #sijilrosak #sijilpmrhilang #hubungisaya #followmyig #followmyfb page #servisdapatkansijil #sijilLPM #sijilmpm

iOS 12 kini boleh dikemaskini

Apple telah melancarkan iOS versi terbaru untuk seluruh dunia bermulan pada 17 September lalu. Kini pengguna-pengguna iPhone di Malaysia juga sudah boleh mengemaskini versi iOS kepada yang terbaharu. Namun diingatkan bahawa bukan semua peranti Apple boleh mengemaskini iOS 12.  Senarai peranti yang boleh mengemaskini iOS 12 ialah : 1) iPad Air 1, Air2, iPad Pro (12.9") 2015 & 2017, iPad Pro (9.7" & 10.1"), iPad 2017 & 2018 2) iPad Mini 2,3 & 4 3) iPhone 5s, 6, 6+, 6s, 6s+, 7, 7+, 8, 8+, SE & X 4) iPod Touch (6th Generation) Tapi kalau list macamni korang rasa susah nak tengok, korang boleh rujuk gambar bawah ni jugak. Antara fungsi baharu pada iOS 12 ialah kebolehan membuat panggilan video facetime berkumpulan sehingga 32 orang serentak dan " memoji " iaitu membuat animoji yang menyerupai diri sendiri. Ada dua cara untuk mengemaskini sistem iOS anda iaitu: 1) Melalui  OTA (Over-The-Air) Anda cuma perlukan s...

iPhone Xs, Xs Max dan Xr

Seperti biasa bulan September setiap tahun Apple akan melancarkan produk-produk terbaharu. Tahun 2018 juga tak terkecuali. Namun pelancaran iPhone 2018 kali ini sudah seperti yang diduga kerana mulai 2017 Apple telah mengejutkan dunia dengan melancarkan iPhone X (iPhone Ten) dengan UI yang baru dan segar. Seperti diduga tahun 2018 Apple mengembangkan lagi model iPhone X dengan pengenalan model XS, XS Max dan juga XR. Semua model didatangkan dengan rekaan skrin bucu-ke-bucu sekaligus menghentikan rekaan home button bulat yang telah digunakan sejak iPhone mula-mula diperkenalkan. Fungsi touch ID juga hilang bersama-sama dengan butang home dan digantikan dengan fungsi Face ID 2.0 yang lebih pantas dari yang terdapat dalam iPhone X. Untuk saiz skrin, iPhone XS adalah yang terkecil dengan 5.8" manakalan XS Max pula ialah model iPhone dengan skrin terbesar yang pernah dibuat oleh Apple. Besar itu lebih baik. Kan? Untuk tahun 2018, XS dan XS Max datang dengan 3 pilihan warna ...

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil M...

Assalamualaikum & Selamat Datang

Alhamdulillah, anak ketiga aku yang akan dinamakan Nur Qaseh Adelia selamat dilahirkan secara pembedahan. Kini bertambahlah ahli keluarga aku. Harap kakak2nya boleh menjaga adik baru ni ya.

Bayaran Penuh Proton Saga BLM!!!

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun terakhir loan kereta Saga BLM aku. Sepatutnya loan tersebut akan tamat pada bulan Mei nanti tapi apabila semakan dibuat, loan hanya berbaki RM1100 maka aku membuat keputusan untuk membuat bayaran penuh lebih awal. Sebelum membuat bayaran penuh tu, aku da call AmBank (bank loan kereta). Aku nk tahu if aku buat bayaran penuh awal sikit ni ade x diskaun lagi. Tapi ambank kate da takde diskaun sebab bayaran ni pun cuma tinggal pokok je. bunga - bunga semua da habis di bayar. Tapi bila aku da buat bayaran penuh, ade jugak diskaun lebih kurang rm100. So jimat sikit lagi kat situ. Seminggu selepas buat full payment tu, aku pun pergi ke JPJ untuk tukar nama di geran. aku siap amik cuti lagi sebab ni la 1st car aku so aku x tau cmne prosedur die. Normal la kan if government punye agencies akan servis lambat kan...hahaha Rupa-rupanya kejap je. Rugi amik cuti. hahaha So selepas ini aku hanya perlu memikirkan penyelenggaraan kereta ni supaya...

iPhone X is the new additional asset

Awal bulan aritu Apple Malaysia telah launch iPhone X untuk market Malaysia. Apple menetapkan harga spesifikasi 256GB pada RM5,899. Aku pulak macam ntah kenapa jadi sangat berminat dengan iP X ni tapi masalahnya iP7 aku baru lagi dan masih lagi cantik. Cuma ntah tetiba bila lalu depan U mobile Aeon Au2 tu aku terfikir satu idea yang sangat menarik. Untuk pengetahuan korang, aku ade 2 iP7. Satu aku beli sendiri dan satu lagi isteri dapat hadiah sbb jadi top seller tuk product jualan dia. So aku terfikir if jual ip7 yang hadiah tu dan angkat ipX ni takde la harga mahal sangat kan. Maka bermulalah perbincangan dgn pihak U mobile tuk amik ipX dgn contract setahun. Antara sebab kenapa aku berminat dgn ipX ni ialah : 1. skrin hampir memenuhi ruang depan fon 2. sistem IOS serba baharu khas untuk ipX (sebab da takde home button) 3. skrin lebih cerah 4. kamera yang lebih baik

iPhone8 dan iPhoneX diperkenalkan....!!!!

Apple secara rasminya telah memperkenalkan model baharu untuk iphone bagi tahun 2017. Semua orang mengjangkakan Apple akan memperkenalkan model 7S dan 7S plus atau 8 dan 8 plus sahaja tetapi sempena ulangtahun iPhone yang ke-10, Apple turut memperkenalkan siri baru untuk iPhone iaitu iPhoneX (sebutannya iPhone ten). Bagi model iphone 8 dan 8 plus tiada perubahan ketara pada rekaan luarannya berbanding iphone 7 dan 7s yang dipasaran. Cuma dipertingkatkan dengan beberapa ciri baru. Antara ciri yang paling ketara rekaan body luaran yang menggunakan kaca dan kini iphone mula menyokong pengecasan tanpa wayar a.k.a wireless charging. Seperti yang kita tahu pada iphone 7 & 7+ yang kalis percikan air dan debu, iphone 8 & 8+ kini lebih baik dengan mendapat rating IP67 yang mana ia memang kalis debu dan mampu bertahan dalam air sehingga kedalaman 1meter selama 30min. Manakala iphoneX pula lebih menarik dengan rekaan skrin keseluruah di muka depan. Butang home yang sem...

Viral : Bagus? Terbaik? Tercantik?

Baru-baru ini aku pergi ke IOI City Mall Putrajaya. Tujuan hanyalah nak spend masa dengan isteri tersayang. Tiba-tiba, aku ternampak ada 1 kedai baru buka iaitu kedai "The Original Cake". Terus aku terasa macam pernah dengar nama kedai tu. Macam pernah baca di mana-mana pasal kedai cake ni. Puan isteri bagitau kedai tu pernah viral dalam facebook sebelum ni. So kitorang pun terus amik keputusan untuk beli sepotong kek. Agak besar potionnya dengan harga RM20 sepotong. Harga boleh tahan berbanding dgn portion yang dapat tu. Lepas beli terus la balik umah dengan harapan nak mengadap kek tu dengan anak2 sekali. Bila sampai rumah, aku buka kek dan cube makan sikit. Harapan aku kek tu sedap tapi hampeh. Rase hanyir. Aku yang mmg penggemar kek pun langsung xle nak makan kek tu. Bagi aku kek tu teruk. Kalau bagi aku free pun aku takkan amik pun. Serius weih. Aku bagi kek tu sikit ke pengasuh anak-anak aku. B4 this, pengasuh tu x pernah tolak pemberian aku tapi kali ni die pulangk...

2017 : Tahun Nostalgia!!

Tahun 2017 baru sampai penghujung bulan Julai tapi aku rasa tahun nie rasa macam tahun untuk berkumpul semula dengan kawan-kawan lama a.k.a. ReUnion. Aku rasa macam mende nie bermula dengan ASTA'02. ASTA ni ialah Alumni Sekolah Sains Tengku Abdullah. Event 1st kitorang start kat Gold Coast Morib, Sepang. Hasil idea beberapa orang akhirnya menjadi kenyataan dan event itu mula menjadi pemangkin untuk event2 ASTA berikutnya seperti yang terbaru ialah ASTA Open House. Aku berharap ASTA akan terus buat event2 seterusnya. Seterusnya pada bulan Ramadan lepas, sorang kawan dari School of Management USM dulu tiba-tiba whatsapp semua orang untuk berjumpa dgn kitorg. Reunion terkejut ini mmg best sbb da hampir 10 tahun kitorang x berjumpa. So masing2 bawak cerita masing2. ^_^ Esok!! Kawan2 dari praktikal H2P4 matrikulasi pulau pinang plan nak buat reunion di Temerloh. Agak jauh dari KL cm kebiasaan kita buat. Tapi aku x sabar untuk ke event tu sbb tentatif program kate ade naik gaj...

Locomotion kini dalam App Store

Ini merupakan game feberet aku sejak mase aku kat USM dulu lagi. Semuanya salah kawan aku Gebeng. Game ni berkisar tentang korang jadi starter untuk syarikat pengangkutan dengan korang diberi misi yang berbeza mengikut tahap kesukaran. Mula2 main rase game ni cam biasa jer. Rupa2nya boleh jadi addicted woo. Ko mmg akan leka gile bila main game ni sebab dari 1 landasan ke landasan baru, dari 1 bandar connectkan ke bandar lain. huhu Tu semua kisah dulu, skrg zaman mobile phone, game ni pun tak ketinggalan tuk join masuk dalam mobile. Tuk pengguna iPhone boleh je search game ni kat app store dgn nama transport tycoon. ni version penuh so kene bayar sikit la...hehe ni lak version light..free je tapi x byk misi la.. untuk android aku x sure ade atau x game ni sbb da lama lak x pakai android so x sure la. Eh jap, aku try google je la. ekekeke. Da dapat da. Untuk pengguna android pun ade game ni. Sama jugak ade 2 version (lite & full). Untuk full version kene beli RM...

Pindah Kuarters!!

Alhamdulillah!! Penantian 4 tahun menunggu kuarters akhirnya tamat. Nama aku naik jugak untuk masuk ke kuarters. Hehe Tu je nak cakap. Kah kah kah

iPhone7 kini mendarat!!

Alhamdulillah berkat dari Allah akhirnya iPhone 5s aku yang bermasalah dulu tu da digantikan dengan iPhone7 128GB Jet Black. Barulah sumber komunikasi aku bersambung semula selepas terputus akibat kerosakan 5S tu. Diharap iphone7 ni mampu berkhidmat dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau...