Skip to main content

Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

 


SELAMAT TINGGAL 2020!!!

SELAMAT DATANG 2021!!!


Ingat lagi tak semasa kedatangan awal tahun 2020, semua rakyat Malaysia menyambut tahun 2020 dengan 1001 harapan. Ini kerana kita telahpun bercakap-cakap berkenaan tahun 2020 sejak zaman Perdana Menteri ke-4 lagi. Kita harapkan 2020 datang membawa pelbagai kemajuan kepada negara apabila sekali lagi PM yang mencanangkan WAWASAN 2020 adalah PM yang sama menerajui Malaysia sekali lagi. 


Rupa-rupanya pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang 2020 dimana pertama kali dalam sejarah kerajaan berubah hanya kerana lompatan2 YB di Parlimen. Berubah tanpa mandat PRU.


Selang 2 minggu selepas PM ke-8 (Datuk Seri Muhyiddin) mengambil alih kerajaan, beliau mengambil keputusan untuk TOTAL LOCKDOWN a.k.a. PKP bermula 18 Mac 2020 akibat penularan COVID-19. Maka sejak itu, rakyat terpaksa menjalani norma baharu untuk hidup. Ramai yang hilang pekerjaan, ekonomi negara menguncup & anak2 hanya bersekolah dari rumah.


Tahun 2020 telah mengajar kita supaya terus menghargai & bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan terus mengejar apa yang tiada. 


Saya mendoakan supaya tahun 2021 akan menjadi lebih baik untuk kita, rakyat Malaysia. Sentiasa terus amalkan norma baharu. Jaga keselamatan diri dan keluarga. Kita masih belum menang melawan COVID-19.


#kitajagakita

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai