Assalamualaikum semua,
Macam mana perasaan semua apabila Perdana Menteri umumkan penguatkuasaan semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Seperti mana yang kita semua tahu, hanya 6 negeri yang dikenakan PKP iaitu, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya & Labuan), Johor, Pulau Pinang, Melaka & Sabah. 6 negeri lain iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu & Pahang dilaksanakan PKPB manakala Perlis & Sarawak dilaksanakan PKPP.
Perintah ini terpaksa dilakukan oleh Perdana Menteri akibat angka jangkitan harian COVID-19 mula berada sekitar 3000 kes. Perintah ini juga untuk mengelakkan keruntuhan sistem kesihatan negara yang mula mencapai limit kapasiti. Keletihan para-para frontliner mula kelihatan & ramai antara mereka juga mula dijangkiti COVID-19 ini. Selain itu, kebanyakkan hospital di Lembah Klang mula mencapai kapasiti sehingga 100% katil di wad2.
Walaupun PKP2.0 ini dilaksanakan, ianya tidaklah sama seperti PKP1.0 yang mana dahulu ianya bersifat TOTAL LOCKDOWN. PKP2.0 kali ini, rakyat masih dibenarkan keluar dengan maksimum 2 orang di dalam kenderaaan. Kegiatan-kegiatan ekonomi masih tetap dibenarkan beroperasi. Sekolah dibuka tapi hanya untuk pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan awam besar seperti SPM, STPM, STAM dan lain-lain. Pergerakan rentas negeri dilarang di seluruh negara. Di negeri yang dikenakan PKP, pergerakan rentas daerah turut dilarang.
Akhir kata, marilah bantu usaha kerajaan supaya lengkok jangkitan COVID-19 dinegara kita berjaya dilandaikan. Kita pernah berjaya sifarkan jangkitan COVID-19 harian. Disiplin diri itu sangat penting.
Comments
Post a Comment