Apple secara rasminya telah memperkenalkan model baharu untuk iphone bagi tahun 2017. Semua orang mengjangkakan Apple akan memperkenalkan model 7S dan 7S plus atau 8 dan 8 plus sahaja tetapi sempena ulangtahun iPhone yang ke-10, Apple turut memperkenalkan siri baru untuk iPhone iaitu iPhoneX (sebutannya iPhone ten).
Bagi model iphone 8 dan 8 plus tiada perubahan ketara pada rekaan luarannya berbanding iphone 7 dan 7s yang dipasaran. Cuma dipertingkatkan dengan beberapa ciri baru. Antara ciri yang paling ketara rekaan body luaran yang menggunakan kaca dan kini iphone mula menyokong pengecasan tanpa wayar a.k.a wireless charging. Seperti yang kita tahu pada iphone 7 & 7+ yang kalis percikan air dan debu, iphone 8 & 8+ kini lebih baik dengan mendapat rating IP67 yang mana ia memang kalis debu dan mampu bertahan dalam air sehingga kedalaman 1meter selama 30min.
Manakala iphoneX pula lebih menarik dengan rekaan skrin keseluruah di muka depan. Butang home yang sememangnya menjadi trademark iphone juga dibuang untuk memberi ruang rekaan skrin sepenuhnya. Akibatnya TouchID turut digugurkan dan digantikan dengan FaceID. Selain itu, kedudukan camera di belakang turut berubah menjadi menegak.
Aku nak terangkan satu-satu fungsi terlalu panjang pulak. Untuk info lebih pasal kedua-dua iphone ini, korang just google je. Iphone8 & 8+ da boleh diorder (untuk market MY belum open lagi pre-order. Maybe kene tunggu bulan Okt nnt kot). Manakala pre-order untuk iPhoneX hanya dibuka penghujung bulan Okt dengan jangkaan tarikh penghantaran pada 03 Nov (sekali lagi untuk market MY tiada tarikh rasmi dari Apple MY lagi).
>>HADZLAMI HUSIN<<
Comments
Post a Comment