Hari ini seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti panjang sempena perayaan (walaupun tidak disambut) ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana pusat peranginan.
Aku pun sama seperti kalian, tahun ini pulang ke kampung isteri di Terengganu. Seperti yang semua tahu, hujung tahun adalah musim tengkujuh di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur.
Hari ini perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Dungun terasa sangat lancar dengan kelajuan purata di LPT sekitar 130kmj. Namun apabila tiba sahaja ke sempadan daerah Hulu Terengganu, langit gelap bersama curahan hujan yang sangat lebat menanti. Belum sempat aku memperlahankan kereta, tayar terasa tergelincir dan hampir hilang kawalan. Nasib baik aku sempat mengawal stereng dan mula menurunkan kelajuan sekitar 80kmj sahaja.
Sebaik sahaja aku dapat mengawal kereta, aku dikejutkan dengan deretan kereta yang menekan brake beramai-ramai. Rupa-rupanya semuanya ingin mengelak sebuah Proton Saga yang telah berpusing di atas jalan raya. Aku bersyukur kerana aku tidak mengalami nasib yang sama. Perjalanan diteruskan dengan berhati-hati kerana menurut waze aku masih memerlukan kira-kira 1jam 20minit untuk tiba ke destinasi. Sekali lagi tanpa diduga, sekitar kawasan Telemung, sebuah Honda Odyssey pula terbabas hanya beberapa meter di hadapan aku.
Jadi kesimpulan cerita busan ini ialah, berhati-hatilah di jalan raya. Kepada pemandu-pemandu yang memandu, ingatlah bahawa bukan nyawa anda sahaja yang anda pandu, tetapi nyawa semua penumpang di dalam kenderaan anda itu. Kampung tak lari kemana pun. Rileks dan teruskan perjalanan dengan selesa.
Comments
Post a Comment