Tahun 2013 akan menjelang hanya dalam beberapa jam sahaja lagi. Apabila munculnya 2013, semua yang dibentangkan ketika Bajet 2013 akan berkuatkuasa serta merta. Antaranya ialah pelaksanaan gaji minimum RM900 (semenanjung) & RM800 (m'sia timur), rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, BR1M dan lain-lain.
Untuk post kali ini aku ingin berceloteh mengenai rebat RM200 untuk membeli telefon pintar itu. Semalam (30.12.2012) aku terbaca entry dari blog MyTetikus berkenaan dengan rebat telefon tu. Secara keseluruhan aku sgt rase tertipu dgn pemberi rebat secara one-off nih. Terdapat beberapa syarat yang bagi aku akan membebankan belia2 yang memohon rebat ini.
Syarat2 untuk memohon adalah seperti berikut :
- Belia berumur 21 hingga 30 tahun (warganegara Malaysia)
- Mempunyai pendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
- Perlu melanggan pakej jalur lebar daripada syarikat telekomunikasi terlibat sekiranya belum ada.
- 1.5 juta belia pertama yang mendaftar (First come first served)
- Model telefon berharga di bawah RM 500 yang disenaraikan oleh syarikat telekomunikasi atau pengedar terpilih sahaja.
Syarat yg aku cakap bakal membebankan belia ialah syarat no.3 & 4. Ini kerana semua 1.5 juta belia yang dapat rebat ini akan menanggung kos bulanan broadband mungkin secara kontrak selama 24bulan. Kos mungkin berbeza mengikut telco namun secara puratanya kos setiap bulan adalah lebih kurang RM48 untuk semua telco. Wajib ker belia melanggan pelan broadband itu walhal dgn pek prepaid pun belia sudah boleh mengakses internet mobility. INI MEMBEBANKAN BELIA!!!
Syarat ke 4 pula bagi saya tidak adil kerana jumlah belia yang mungkin layak mendapat rebat ini lebih dari 1.5juta org. Bagaimana dgn belia yang gagal mendapat rebat ini? Adilkah syarat ini? Mereka juga warganegara malaysia yg sepatutnya menikmati hasil kekayaan negara. Mengapa kita selaku rakyat perlu di asingkan 1.5juta sahaja?
Syarat no 5 pula sangat tak masuk akal. Mengapa dihadkan pada telefon berharga bawah RM500 yang mana kita tau spesifikasi hp tersebut sgt low end. Mungkin SKMM perlu menaikkan had maksimum tersebut ke bawah RM800. Barulah belia boleh memilih dgn lebih banyak pilihan lagi.
Berikut merupakan senarai hp yang telah dikeluarkan oleh SKMM:
So kepada belia2 diluar sana yang berminat juga untuk mendapatkan rebat ni. Sila mendaftar di laman web SKMM (klik sini). Pastikan anda mampu untuk terikat dgn kontrak broadband mungkin selama 24bulan. ^_^.
Sumber dari : MyTetikus
Comments
Post a Comment