Skip to main content

Disebalik 5 Waktu Solat - Bahagian 2


Terdahulu kita da diceritakan tentang Allah telah mewajibkan solat 5 waktu kepada baginda Rasulullah melalui peristiwa Israk & Mikraj. Mesti anda juga telah membaca tentang bagaimana nabi kita sentiasa berulang-alik bertemu Allah 9x atas nasihat beberapa nabi terdahulu untuk mengurangkan bilangan waktu yang ditetapkan.

Tapi ape kaitan dan rahsia disebalik penguatkuasaan solat 5 waktu kepada umat Islam itu. Setelah aku cube mencari kenapa setiap waktu itu ditetapkan sebegitu, aku akhirnya terjumpa maklumat yg aku nk di sini. Aku pun ade copy dan paste di bawah nih tuk korang baca kenapa Subuh waktunya begitu, zuhur ketika matahari gelincir dsb.



Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).



Jadi kita da pun tahu rahsia disebalik diwajibkan waktu2 solat yg tertentu. Diharap kita dapat melaksanakan solat sebagaimana yang diminta dan diajarkan oleh junjungan nabi kita. Semoga Allah menerima ibadah kita. Saya akan cube kupas rahsia-rahsia dalam solat seterusnya.


KATA2 PAPAZOLA : Semua maklumat di atas diambil dari rujukan di internet dan tidak dipastikan kesahihannya. tQ

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai