Tahun 2012, tahun yang agak aktif untuk ahli-ahli BLMClub di Pantai Timur terutamanya di negeri Terengganu. Banyak aktiviti telah dirancang & dijalankan untuk ahli2 BLMClub Terengganu sepanjang tahun 2012 ini.
Aktiviti 2012 dimulakan dengan pembukaan group Facebook BLMClub East Coast Region dengan moto "3 Negeri 1 Nama". Melalui group di FB inilah BLMClub ECR mula mengorak langkah membina semula branding BLMClub di Pantai Timur.
Pada 8 Jun, BLMers' Trg menganjurkan 1 UoTT BBQ di Pantai Batu Buruk. Kehadiran UoTT ini melebihi sasaran dimana di sini bermula perkenalan ahli2 baru dan lama. Terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke UoTT BBQ ini. Berikut beberapa gambar semasa aktiviti ini.
Comments
Post a Comment