Sepertimana yang dijanjikan di bahagian 3 lalu, aku akan cerita tentang 1 lagi program yang agak besar di Region Pantai Timur nih selepas TT Bukit Gambang pada 6 Oktober lalu. Program tersebut ialah UoTT Bowling @ Terengganu Equestarian Resort yg dianjurkan pada 24 Oktober 2012 lalu.
Sebanyak 4 lorong bowling telah ditempah dengan pemain yang hadir adalah seramai 18 orang. Salah seorg ahli kelab juga telah bermurah hati menyumbangkan hadiah kepada pemenang jatuhan pin terbanyak kategori lelaki & perempuan. Pemenang kategori lelaki bagi tahun 2012 ialah Hariez Iskandar (BLM1152) dan pemenang kategori wanita ialah rakan kepada Hariez yang diimport dari Setiu,Terengganu.
Untunglah ikut Hariez. Boleh main bowling & menang hadiah pulak tu. Hehe. Di bawah ialah suasana ketika UoTT Bowling berlangsung.
Selepas berakhirnya sesi bermain bowling, aktiviti diteruskan pula dgn aktiviti kesukaan ramai iaitu aktiviti mengisi perut. Hehe
Acara UoTT ini mendapat feedback yang positif dari semua peserta UoTT. Mungkin 2013 akan diadakan sekali lagi UoTT bowling nih. Cuma lokasinya akan ditentukan semula akan datang.
Comments
Post a Comment