Perintah menunaikan solat bermula ketika Nabi Muhammad S.A.W. diangkat ke langit bertemu Allah melalui peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini telah diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran.
Allah S.W.T. menjemput Rasulullah S.A.W. bertemu-Nya sendiri demi menunjukkan betapa pentingnya amalan solat berbanding amalan2 lain yang biasanya disampaikan menerusi Jibril sahaja. Maka sesuailah jika dikatakan solat itu adalah tiang agama. Kenyataan ini dikuatkan lagi hadis dari Saidina Umar al-Khattab bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya, bererti ia telah merobohkan agama".
(Riwayat Al-Baihaqi)
Kisah bagaimana difardhukan solat kepada baginda Rasulullah S.A.W. sangat menarik untuk dibaca. Ia juga menunjukkan bagaimana kasihnya Rasulullah kepada umat-umatnya di mana baginda sanggup berulang-alik bertemu Allah untuk memohon mengurangkan jumlah waktu solat dari 50 waktu kepada hanya 5 waktu sahaja. Walaupun jumlah waktu solat telah berkurang, namun ganjaran yang dijanji Allah tetap banyak sesuai dengan firman Allah yang bermaksud,
"Wahai Muhammad, itulah solat lima kali, setiap siang dan malam. Pada setiap sekali daripadanya, dikira sepuluh. Jika 5 kali, maka ia menjadi 50 solat".
Demikianlah hebatnya ibadah solat ini disisi Allah sesuai dengan status Rasulullah adalah kekasih Allah. Hebatnya solat kerana ia mengandungi pelbagai zat & khasiat yang baik untuk manusia seluruh alam. Kini 1 per 1 rahsia ibadah solat dibongkar. Untuk entry akan akan kita akan bincangkan sedikit demi sedikit rahsia-rahsia solat.
Comments
Post a Comment