Pagi tadi telah berlangsung perlawanan separuh akhir di antara Brazil (bekas juara 5x) dengan Jerman (bekas juara 3x). Ramai pendapat mengatakan Brazil akan melangkah ke peringkat akhir kerana mereka bermain di laman sendiri. Akan tetapi bak kata orang, bola itu bulat dan selagi perlawanan masih belum tamat apa2 pun boleh berlaku. Dan itulah yang berlaku pagi tadi.
Brazil telah diaibkan oleh Jerman di laman sendiri. 7 gol berbalas 1 gol. Jerman memulakan pesta gol seawal minit ke 11 melalui Thomas Muller. Seterusnya diikuti dengan gol pemusnah moral Brazil melalui Miroslav Klose (23'), Toni Kroos (24' & 26') dan Sami Khedira (29'). Walaupun sudah mendahului Brazil dengan 5 gol, Jerman terus mengasak kubu Brazil namun gagal menambah gol sehingga akhir separuh masa pertama.
Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan melakukan pertukaran pemain. Brazil membawa masuk Paulinho menggantikan Luiz Roza dan Ramires > Hulk manakala Jerman membawa masuk Per Mertesacker menggantikan Mats Hummels. Kemudian pada minit ke 56 Jerman sekali lagi membuat pertukaran pemain dengan merehatkan Miroslav Klose dan membawa masuk Andre Schurrle. Kemasukan Andre Schurrle menambah derita Brazil apabila beliau menyumbat masuk 2 gol lagi masing2 pada minit ke 69 dan 79. Gol saguhati Brazil hanya muncul pada minit ke 90 yg dijaringkan oleh Oscar.
Jerman akan bertemu dengan Argentina atau Belanda yang hanya akan ditentukan melalui perlawanan jam 4pg esok (waktu Malaysia ya).
"ALL HAIL GERMANY"
Comments
Post a Comment