Update Piala Dunia Brazil terkini :
Argentina dan Belgium menyertai 6 pasukan lain untuk ke peringkat suku akhir.
Argentina berjaya menumpaskan lawan mereka iaitu Switzerland dengan 1 - 0. Gol kemenangan Argentina dijaringkan oleh Angel di Maria pada minit ke 118.
Manakala Belgium menumpaskan Amerika Syarikat dengan keputusan 2 - 1. Gol Belgium dijaringkan oleh Kevin De Bruyne (93) dan Romelu Lukaku (105) manakala Julian Green merapatkan jurang kepada 1-2 pada minit ke 107.
Pusingan suku akhir akan menemukan Argentina dan Belgium pada 5 Julai 2014 jam 12pagi (waktu Malaysia). Kepada sesiapa yang tiada pakej sukan di Astro, perlawanan ini boleh ditonton di TV1 atau TVi (channel 180).
"RASANYA PIALA DUNIA TETAP DI EROPAH"
Comments
Post a Comment