Pejam celik pejam celik da minggu last kite puasa. Minggu depan sumer orang akan beraya di kampung2 halaman (tuk yg ade kampung dan yg dpt tiket blk kampung la) dan yang mane tak dpt blk kampung jgnlah sedih, KL pun meriah da sekarang. Yang penting suasana raya tu sama jer walau kat mane kite berada.
So bila da sampai saat last ni mesti semua org tgh ushar2 persiapan raya masing2. Checklist korang da full ker?
□ Kuih Raya
□ Baju Raya Sedondon
□ Servis kereta
□ Tiket Bas/Keretapi/Flight
□ Duit Raya tuk kanak2
Bagi sesape yg akan drive untuk blk ke kampung masing2, tolong pastikan kenderaan yg korang akan pandu berada pada tahap tip top. Cepat2 hantar bengkel tuk servis, check pressure tayar, air bateri, dan lain2 la. Tapi kalau setakat kereta je tip top tak guna gak kalau driver dia kong. Pastikan korang dpt rehat yang cukup dan rancang perjalanan korg. Periksa Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yg biasanya dikeluarkan oleh PLUS untuk memudahkan korg rancang perjalanan korang. Rujuk sini utk jadual tersebut.
Tolong berhati-hati di jalan raya. Ingatlah bahawa kepulangan anda sentiasa dinanti. Jangan jadikan kepulangan tahun ini adalah kepulangan yg terakhir buat anda.
"JANGAN BIARKAN DIRI ANDA & KELUARGA JADI SEBAHAGIAN DARI STATISTIK KEMALANGAN"
Comments
Post a Comment