Post hari nih mungkin da sedikit basi untuk semua sebab mende ni berlaku petang Isnin lepas kalau x silap aku tarikh 14 julai 2014 di UTC Kuantan. Kisahnya berkait dengan seorang pakcik Cina, seorang perempuan melayu, peugeot 208 putih a.k.a. #CDM25 dan stereng lock.
Video insiden tu dirakam oleh saksi yang kebetulan stuck dlm drama sinetron tu. Kemudian saksi tersebut secara 'bijak' telah meng'upload'kan video tu ke internet (aku x sure sama ada ke mukabuku dulu atau twitter atau IG atau u-tube). So akibatnya ramailah yang share video tersebut dan akhirnya terkenal lah perempuan yg mahu dikenali sebagai kiki serta uncle sim itu.
Aku rasa aku x payah nk terangkan atau letak video tu skali kt sini sbb aku rasa video tu mengaibkan si kiki tu. Lagipun ketika post ini ditulis, Uncle Sim telah memaafkan si Kiki dan beliau juga telah berjanji tidak akan membuat sebarang laporan polis ke atas insiden tu. Manakala bagi pihak kiki, dia juga telah berjumpa semula uncle sim dan memohon maaf dgn dia. So dah jadi #kosongkosong la ye.
Alhamdulillah selepas perkara ni jadi viral kt laman sosial, DiGi telah mengumumkan yang mereka akan menanggung kos kerosakan kedua-dua kenderaan seperti dlm pengumuman dlm fb DiGi.
Namun bashing online makin melampau2. Nak nasihat, sindir atau ape2 je boleh tapi berpada2 lah. Jangan sampai mengaibkan si kiki tu. Ingatlah Allah akan sentiasa menutup aib kita jika kita sentiasa menutup aib orang lain.
Aku tulis post ni bukan untuk mengutuk atau nak bashing lg si kiki nih tapi aku nk korang pembaca2 blog aku ni sedar yang mungkin ketika kejadian tu si kiki mengalami masalah pompuan yg teruk atau org putih ckp 'bad period'. 1 lg pesanan aku ialah korang semua yg mengutuk si kiki tu bkn lah sempurna, bukan maksum tapi kenapa suka sgt merendahkan orang lain hanya kerana kesilapan org tersebut. Bayangkan if mende yg lebih kurg cmni berlaku dlm keluarga korang. Ape yg korang rasa?
"PERBANYAKKAN OT DALAM AMALAN DI BULAN RAMADHAN"
hurmmm... yang baik kita ambil yang tak baik kita jadikan iktibar kan ;)
ReplyDeleteBetul tu Ain..yang penting masing2 da bermaafan.. ^_^
ReplyDelete