Skip to main content

Posts

Hati2 Dalam Perjalanan Pulang

Hari ini seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti panjang sempena perayaan (walaupun tidak disambut) ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana pusat peranginan.  Aku pun sama seperti kalian, tahun ini pulang ke kampung isteri di Terengganu. Seperti yang semua tahu, hujung tahun adalah musim tengkujuh di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur. Hari ini perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Dungun terasa sangat lancar dengan kelajuan purata di LPT sekitar 130kmj. Namun apabila tiba sahaja ke sempadan daerah Hulu Terengganu, langit gelap bersama curahan hujan yang sangat lebat menanti. Belum sempat aku memperlahankan kereta, tayar terasa tergelincir dan hampir hilang kawalan. Nasib baik aku sempat mengawal stereng dan mula menurunkan kelajuan sekitar 80kmj sahaja. Sebaik sahaja aku dapat mengawal kereta, aku dikejutkan dengan deretan kereta yang menekan brake beramai-ramai. Rupa-rupanya semuanya ingin mengelak sebuah Proton Saga y...

iOS 14.3 sedia dikemaskini

  iOS 14.3 dan iPadOS 14.3 kini telah sedia untuk dikemaskini oleh pengguna Apple dengan beberapa kemaskini baharu. Untuk post ini saya akan senaraikan antara pembaharuan yang dibawa oleh iOS 14.3 kali ini. Namun suka saya ingatkan bahawa tidak semua fungsi baru ini disokong di Malaysia. Apple Fitness+ Dengan harga US$9.99 sebulan dan termasuk dalam kumpulan Apple One peringkat tertinggi, Apple Fitness + adalah perkhidmatan terbaru Apple yang direka untuk bekerja dengan Apple Watch. Ia menawarkan latihan berpandu yang disediakan oleh pelatih yang disewa oleh Apple, dengan Apple Watch yang digunakan untuk mengesan kemajuan melalui latihan. Ciri Apple Fitness+ Latihan video ditonton di Apple TV, iPad, atau iPhone, dengan metrik Apple Watch disediakan tepat di skrin. Jenis latihan termasuk Latihan Selang Intensiti Tinggi, Berbasikal Dalam Ruangan, Yoga, Inti, Kekuatan, Tarian, Mendayung, Treadmill Walking, Treadmill Running, dan Mindful Cooldown, dengan Apple menawarkan cadangan dan c...

Selamat Datang Nur Qadeeja Adeelia

Da sebulan usia bayi ke empat aku lahir ke dunia ni. Alhamdulillaah keadaannya sihat dan sejahtera. Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan kamu. Daddy & Mummy akan sentiasa menyokongmu hingga dewasa.

Perlukan Khidmat Delivery Sijil Peperiksaan?

Korang da baca cara2 untuk dapatkan sijil peperiksaan yang hilang kat post lama aku? Kalau belum boleh baca dengan klik sini . So camne? Ade masa x untuk buat semua tu? Kalau korang rasa korang xd masa untuk buat semua tu atau korang nak cepat lebih cepat dari korang mohon sendiri, korang boleh rujuk IG aku untuk aku bantu korang. Klik sini  untuk ushar IG aku. PM/DM aku terus di IG. Jangan tinggal komen kat sini sebab aku jarang on blog. Korang boleh jugak terus ushar page FB aku di sini . Boleh tinggalkan PM / DM kat sane jugak. Aku akan cuba bantu korang ikut cmne. Bayaran juga boleh kita bincang. Ape2 contact aku dulu. #sijilspmhilang #sijilspm #sijilhilang #sijilrosak #sijilpmrhilang #hubungisaya #followmyig #followmyfb page #servisdapatkansijil #sijilLPM #sijilmpm

iOS 12 kini boleh dikemaskini

Apple telah melancarkan iOS versi terbaru untuk seluruh dunia bermulan pada 17 September lalu. Kini pengguna-pengguna iPhone di Malaysia juga sudah boleh mengemaskini versi iOS kepada yang terbaharu. Namun diingatkan bahawa bukan semua peranti Apple boleh mengemaskini iOS 12.  Senarai peranti yang boleh mengemaskini iOS 12 ialah : 1) iPad Air 1, Air2, iPad Pro (12.9") 2015 & 2017, iPad Pro (9.7" & 10.1"), iPad 2017 & 2018 2) iPad Mini 2,3 & 4 3) iPhone 5s, 6, 6+, 6s, 6s+, 7, 7+, 8, 8+, SE & X 4) iPod Touch (6th Generation) Tapi kalau list macamni korang rasa susah nak tengok, korang boleh rujuk gambar bawah ni jugak. Antara fungsi baharu pada iOS 12 ialah kebolehan membuat panggilan video facetime berkumpulan sehingga 32 orang serentak dan " memoji " iaitu membuat animoji yang menyerupai diri sendiri. Ada dua cara untuk mengemaskini sistem iOS anda iaitu: 1) Melalui  OTA (Over-The-Air) Anda cuma perlukan s...

iPhone Xs, Xs Max dan Xr

Seperti biasa bulan September setiap tahun Apple akan melancarkan produk-produk terbaharu. Tahun 2018 juga tak terkecuali. Namun pelancaran iPhone 2018 kali ini sudah seperti yang diduga kerana mulai 2017 Apple telah mengejutkan dunia dengan melancarkan iPhone X (iPhone Ten) dengan UI yang baru dan segar. Seperti diduga tahun 2018 Apple mengembangkan lagi model iPhone X dengan pengenalan model XS, XS Max dan juga XR. Semua model didatangkan dengan rekaan skrin bucu-ke-bucu sekaligus menghentikan rekaan home button bulat yang telah digunakan sejak iPhone mula-mula diperkenalkan. Fungsi touch ID juga hilang bersama-sama dengan butang home dan digantikan dengan fungsi Face ID 2.0 yang lebih pantas dari yang terdapat dalam iPhone X. Untuk saiz skrin, iPhone XS adalah yang terkecil dengan 5.8" manakalan XS Max pula ialah model iPhone dengan skrin terbesar yang pernah dibuat oleh Apple. Besar itu lebih baik. Kan? Untuk tahun 2018, XS dan XS Max datang dengan 3 pilihan warna ...

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil M...