Post ni aku nak tulis lama da sejak berita ini keluar dalam media cetak negara lagi namun aku sering terlupa tentang apa yang aku nk catatkan dalam blog aku ini. Mungkin aku perlu mencari penawar penyakit lupa aku ini dulu. Barulah aku akan ada banyak idea menulis di blog.
Berbalik kepada tajuk di atas, artikel berkenaan ini sudah disiarkan di semua akhbar utama negara seperti dipetik dari Harian Metro ini.
Pendapat peribadi aku selaku warganegara ialah tindakan ini adalah antara langkah bijak dalam proses penstrukturan semula subsidi. Langkah ini sepatutnya dibuat dari dulu lagi kerana pada pendapat aku kerajaan telah membazirkan peruntukan subsidi ke tempat yang salah. Subsidi yang sepatutnya disalurkan eksklusif kepada warganegara Malaysia sendiri tidak seharusnya mengalir ke warga asing.
Bayangkan sekarang ini jumlah warga asing yang berada di Malaysia mencecah jumlah juta. Jadi wang yang dijimatkan ini sepatutnya mampu meringankan kos sara hidup rakyat yang kebanyakkannya semakin terhimpit.
Saya menyokong penuh tindakan ini dan diharapkan Perdana Menteri kita mampu berfikir dan bertindak secara bijak seperti ini lagi di masa depan.
Comments
Post a Comment