Pernah tak korang rasa macam nie?
" Bangun pagi dan terasa perut sangat lapar namun asyik teringat menu yang sama hingga timbul rasa muak dalam diri. Kemudian anda bingung memikirkan apa yang patut dimakan"
Aku selalu hadapi masalah ini terutamanya ketika hari bekerja biasa. Ini kerana di sini aku tiada pilihan kedai yang menyediakan sarapan selain kafe-kafe di sekitar Parcel E ini. Kebanyakkan kafe ini menyediakan pilihan menu yang hampir serupa setiap hari. Ia menyebabkan menu sarapanku berulang-ulang dari sehari ke sehari.
Pernah jugak aku dengar kata pepatah berkenaan sarapan nie. Antaranya :
" Breakfast like a rich man, Lunch like a normal man, Dinner like a poor man"
Masalahnya ialah macam mana nak tau orang kaya bersarapan macam mana? Kalau lunch macam orang kebiasaan dan makan malam macam orang miskin tu aku tau nk buat macam mana sebab selalu hadapi tapi bab sarapan tu yang adeh. Mungkin caranya ialah aku kena berkawan dengan orang kaya la kan? Tapi ada ke orang kaya yang nak berkawan dengan orang biasa-biasa macam aku nie?
#SekadarBerkongsi : Aku tidak berapa suka menggunakan terma "Breakfast" itu kerana ianya bermaksud buka puasa. "Break" = buka & "Fast" = puasa. Terma ini dikatakan berasal disebabkan oleh kaum Yahudi yang berpuasa di malam hari dan apabila pagi mereka akan berbuka puasa. Itulah sebabnya aku lebih suka menggunakan ayat sarapan sebab bagi aku yang beragama Islam, waktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa ialah pada waktu maghrib.
Comments
Post a Comment