Skip to main content

Posts

Jus Epal + Peria

Kita selalu dengar jus epal tapi pernah tak kita terpikir untuk menggabungkan jus epal yang memang masam dengan something yang pahit cam peria? Aku mendapat idea ini berikutan gabungan resepi dari officemate pasal jus epal plus kurma dan cadangan dari doktor kepada isteri supaya mengambil diet peria untuk mengekalkan kandungan HB kandungan.  So aku terpikir ape salahnya if kita campurkan epal hijau dan peria. Mungkin rasanya lebih baik berbanding hanya peria. Hasilnya malam tadi aku telah cube bereksperimentasi dengan kedua-dua item tersebut. Di bawah ini disertakan cara aku buat jus epal hijau plus peria.

#Jom #DermaDarah

Tadi di masjid besi a.k.a. Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin ada dibuka booth dari Pusat Darah Negara untuk sesiapa yang ingin menderma darah.  So buat kali pertama aku telah mengambil keputusan untuk menderma darah. Sebelum ni aku tak buat sbb aku takut dan benci dgn jarum. Tapi kali ni keazaman akibat isteri yang pernah dirawat dengan cara memasukkan darah telah menginsafkan aku. Walau takut macam mana pun aku tetap memberanikan diri untuk menderma darah.  Hasilnya langsung tak sakit. Mungkin selepas ini aku akan terus dengan aktivi menderma ini. Best la pulak. Hehe

Pakej Komunikasi Belia RM200 Re-Open

Sebagaimana yang kita tahu Pakej Komunikasi Belia yang menawarkan RM200 rebat kepada semua warga Malaysia yang berusia 21 - 30 tahun dan berpendapatan bawah RM3000 telah mencapai kuotanya iaitu 1.5juta permohonan. Namun, oleh kerana ramai pemohon yang telah berdaftar masih tidak menebus rebat tersebut, SKMM membuat keputusan untuk membuka semula pendaftaran Pakej Komunikasi Belia ini ( Klik Sini untuk baca pemngumuman tersebut). 

Dunia lebih bernilai

Walau ramai yang kate dunia ini terlalu banyak perkara yang menarik namun perasan tak yang kadangkala perkara yang paling simple lebih bermakna berbanding segala isi dunia ni. Lebih-lebih lagi perkara tu datang dari orang yang kita sayang.

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Dewasa ini lagu dari Indonesia yang bertajuk Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang nyanyian Tegar sering diputarkan di corong-corong radio dan sering dipinta orang ramai. Lirik lagunya yang penuh dengan pengajaran kehidupan yang menunjukkan betapa susahnya hidup namun jika ia berusaha Allah pasti akan membantunya.

Calling for Mr.Rajen

Huarghhh..lama sangat aku berehat dari update blog aku. Entah kenapa aku rasa macam kelakar, merepek dan takde isi kandungan blog aku ini. Mungkin aku masih takde skill dalam bidang penulisan ni.

Droid Sedang di "ROOT" Untuk Sambut JellyBean

Semalam aku membuat 'blog-walker' dan last-last aku singgah di dalam forum lowyat.net. Niat nak wat blog-walker je last-last sangkut kt forum ni lak. Ade entry dlm forum tu yang menarik ati aku. Post forum itu berkenaan dengan telefon pintar yang aku sedang guna iaitu Ninetology Stealth II. Rupa-rupanya telefon ninetology stealth II ni adalah rebranding dari telefon dari India iaitu micromax Canvas 2. Rujuk sini !!  untuk ushar company dari India tu. Selain dari cite asal usul Stealth II tu, orang-orang dalam forum tuh juga bercerita tentang cara-cara untuk meng'ROOT'kan android 4.0 sedia ada dalam telefon nih. Pada aku cara nk ROOTING nih terlalu complex. Susah betul nak faham. Mungkin teknik dia terlalu tinggi. So kepada sapa-sapa yang nak wat ROOT android anda, terutama tuk telefon ninetology Stealth II, klik link bawah nih. [Official] Ninetology Stealth II i9500 [Official] Ninetology Stealth II i9500 v2 "SEMOGA BERJAYA"