Skip to main content

Posts

RM500 da masuk da

Kepada semua penjawat awam persekutuan, RM500 bantuan khas hari raya da masuk dalam akaun masing-masing. Sila semak dan maklumkan jika anda tidak dapat.

Malaysia Negara Aman...

Ramai orang kata bersyukurlah negara Malaysia nih masih aman. Namun amankah kita secara realitinya? Sejauh mane kita nih aman? Korang tengok x Buletin Utama kt TV3 sepanjang Ramadan nih? Perasan x yang negara kita nih sangat 'aman'? Boleh kate setiap hari ada kes kene bunuh dengan senjata api. Walhal negara kita nih mengharamkan penjualan senjata api. Persoalannya dari mane stok senjata api nih diperolehi? Kenapa begitu mudah senjata nih masuk Malaysia?  So aku bagi korang list link yang korang leh tgk senarai kes yang melibatkan senjata api dari Jan hingga Julai : http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/senarai-kes-tembakan-sepanjang-tahun.html

NAMA SIAPA HEBAT??

Baru-baru nih aku ada terbaca di laman web PaulTan.org  berkenaan model kereta baru yang akan dilancarkan oleh PROTON Holding. Ianya merupakan kereta kompak yang akan menggantikan model Savvy yang telah diberhentikan pengeluarannya. Difahamkan bahawa model baru ini mungkin akan menggunakan model concept PROTON EMAS  dengan beberapa perubahan. PROTON takkan guna 100% design tu la. Samalah cam Preve yang diambil dari Tuah. Kan langsung berbeza dgn yang concept modelnya. Setakat ini tiada info yang boleh di tulis kt bawah nih. Kite tunggu sahaja launching kereta nih mungkin tahun 2014 nanti.

Jus Kesihatan Yang Sehat Lagi Menyedapkan

Wife yang sedang mengandung memerlukan nutrien & nutrisi yang banyak tuk bayi dalam kandungannya. So, aku selalu tercarik carik ape yang patut aku bg mkn ke wife aku nih. Akibatnya ramai orang telah aku tanye pasal mende nih. Dan antara banyak2 menu yang diorang suggest, ade 1 je yang aku berminat iaitu jus epal campur kurma dan susu soya. So tadi aku da pergi membeli sikit barang-barang yang diperlukan tuk wat jus tuh. Aku da berjaya beli kurma, epal hijau dan susu soya F&N seasons nutrisoy. Hope rasenya menjadi la dan hopefully wife aku suke rase susu yang aku nk wat tuk die petang nih.  Gambar susu tu takde lagi. Nanti petang nanti pas aku wat tuk isteri aku. Aku akan upload dalam blog nih. Tunggu update aku smula. Eh alamak, bos datang lak. Aku chow dulu. 

10 Terakhir Plus Perasaan Bercampur-Campur

Ramadan 20, setiap kali tiba ke detik ini perasaan aku pasti bercampur baur. Tinggal 9 hari je lagi Syawal akan tiba. Orang ramai akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali hari ke 20 Ramadan, lebih ramai yang akan membuat persediaan raya berbanding persiapan untuk mengucapkan selamat tinggal ke Ramadan.  Aku sering takut jika Ramadan tahun ini adalah Ramadan terakhir untuk aku. Ajal maut bukan di tangan aku. Ianya berlaku atas kehendak Allah. Jika Dia mahu aku mengadap-Nya cepat, pasti aku akan pergi. Ramadan sahajalah peluang aku mengumpul amal ibadah sebagai bekalan untuk bertemu Allah S.W.T. 

RM500 Aid For Federal GS While Selangor GS Got 1 Month Bonus

Semalam PM Malaysia telah mengumumkan bantuan hari raya RM500 kepada semua kakitangan kerajaan persekutuan dari gred 1 hingga gred 54. Bonus tersebut akan dibayar pada 31 Julai nanti. Ia melibatkan kos sebanyak lebih RM800juta. Memula ingin aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana membuka hati Najib tuk bagi RM500 kepada semua kakitangan kerajaan persekutuan. Namun tetiba aku dimaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengumumkan bonus sebulan gaji yang mula dibayar hari ini.  Terus terang bila aku dengar berita tu aku rase sangat dengki dan ade rase sikit nyesal. Nyesal kerana aku dulu pernah ditawarkan jawatan N27 di MPSJ tapi aku tolak. Dengki sbb federal hanya mampu bagi RM500 je. Haha Namun apa2 pun aku sgt bersyukur kerana pemberian bonus kali nih sangat adil kerana semua peringkat dapat jumlah yang sama iaitu RM500 jer. Hahahahahahahaha

Makanan & Minuman Yang Perlu Dihindari Oleh Ibu2 Mengandung

Disebabkan ini pengalaman pertama aku hendak menghadapi isteri yang mengandung, maka aku banyak mencari maklumat tentang pemakanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh ibu2 mengandung. Maka aku terjumpa 1 blog mungkin yang mempunyai tajuk lebih kurang seperti di atas tapi berbahasa Indonesia [klik sini] . Oleh sebab ianya berbahasa Indonesia dan sedikit mengelirukan, maka aku berpendapat aku perlu ubahsuai isi kandungan untuk menjadi bahasa Malaysia. Berikut merupakan antara makanan & minuman yang dilarang untuk ibu hamil : 1. Alkohol Kesan pengambilannya menurut laman web tersebut ialah peningkatan risiko kelahiran pra-matang bayi dan keguguran bayi. Maka dinasihatkan ibu2 diluar sana agar menghentikan tabiat pengambilan alkohol ketika mengandung. Lagi elok kalau berhenti terus kan? HARAM tu minum alkohol. 2. Minuman berkafein Haaaa...peminum2 tegar coffie atau nescafe perlu tahu ini. Keadaan ibu2 hamil yang terdedah kepada anemia digalakan untuk menghi...