Industri musik tempatan kini semakin matang dengan penghasilan lagu2 yang semakin menarik dan berkualiti. Dulu aku jarang mendengar stesen2 radio melayu sbb aku rase orang Malaysia masa tu terlalu terpengaruh dgn lagu2 dari Indonesia. Masa tu band2 Indonesia cm Samson, PeterPan dll. Kadang2 sesak aku rase bile dengar lagu2 Indonesia ni.
Kapten Dato' Halim Othman, (Malaysia) Krissakti (TeamHalim88) ke Redbull Air Race |
Tapi sejak akhir2 nih banyak lagu2 Malaysia yang berkualiti mula keluar. Antara lagu yang aku suke sekarang ialah lagu bertajuk "Terbang Tunduk" nyanyian Fynn Jamal. Kalau x silap aku ini lagu kedua dari Fynn Jamal selepas lagu 1st bertajuk Arjuna Beta. Lagu2 Fynn Jamal ni ade lirik yang sungguh jujur dgn bait2 lagu yang sungguh puitis.
Menurut Fynn, lagu Arjuna Beta tu adalah lagu yang dibuat untuk anaknya Arjuna. Bait2 lagu tu sungguh ikhlas dan kita yang dengar lagu tu akan terasa cm pesanan mak kita kepada kita. Sungguh menyentuh kalbu. Untuk lagu kedua iaitu Terbang Tunduk pula Fynn kata lagu tu dibuat berdasarkan kisah hidup Dato Halim (gambar).
So ape kate korang dengar sendiri lagu tu. Aku pastekan video lagu tu disini. Kepada yang ingin download lagu tu boleh klik link kt bawah nnt. Kepada yang nk menyanyi sama di bawah ni lirik lagu tersebut.
Terbang Tunduk by Fynn Jamal
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
Nak download lagu? : Klik sini
Nak download video? : Klik sini
Rangkap yang aku paling suke ialah rangkap terakhir iaitu chorus dia. Sangat menyentuh kalbu nasihat dan pesanan dalam lirik tersebut. Walau setinggi mana kedudukan kita, janganlah kita mendepang dada bermegah dgn kedudukan kita itu. Sentiasalah tunduk ke bawah dan ingat siapa diri kita yang sebelum ini.
Comments
Post a Comment