Isu memiliki rumah di Malaysia terutamanya di ibu negara sering menjadi isu hangat. Baru-baru ini akhbar The Star melaporkan jumlah pendapatan yang diperlukan oleh seseorang untuk membeli rumah di sekitar Lembah Klang ini. Berikut ialah imej dari laporan tersebut.
Dari gambarajah di atas, kawasan Mont Kiara - Duta Hartamas merupakan kawasan yang paling mahal di Kuala Lumpur. Pendapatan ini merujuk kepada jumlah minimum yang sesebuah isi rumah tersebut perlu ada untuk membeli rumah.
Manakala gambar di atas pula merujuk kepada satu kajian yang dilakukan oleh Sime Darby Property Housing-Income Index. Ia menunjukkan taburan perbelanjaan oleh seseorang yang mempunyai rumah. Dari peratusan tersebut ia melebihi 100%.
Oleh sebab itu, baru-baru ini kerajaan ada memperkenalkan Skim MyHome. Skim ini dibuka kepada 10,000 permohonan dgn peruntukan sebanyak RM300juta. Sasarannya ialah rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli rumah.
Baca sini untuk maklumat lanjut berkenaan Skim MyHome:
Selain skim myhome itu, kerajaan banyak memperkenalkan skim lain seperti PR1MA, Skim Rumah Pertamaku, Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat. Skim ini diuruskan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Diharap agar segala skim-skim yang diperkenalkan ini mampu membantu rakyat terutamanya yang berada di Lembah Kelang untuk mendapatkan rumah sendiri.
Comments
Post a Comment