Benar kata orang bahawa penantian itu suatu penyeksaan dan orang tua-tua sentiasa menasihatkan supaya jangan membuat orang lain menunggu kita. Akan tetapi kini aku sudah terlalu penat untuk menunggu.
Bulan Februari memasuki minggu ketiga dan semakin menghampiri ke bulan Mac. Sehingga kini aku masih lagi tertunggu-tunggu untuk tuntutan kerja lebih masa bulan Januari. Apa sebab mereka lambat membayar tuntutan tersebut? Adakah duit peruntukan sudah habis? Mengapa langsung tiada khabar berita dari unit kewangan?
Harapan aku kini da hampir pupus. Hanya gaji bulan Februari menjadi harapan terakhir aku. Pesananku kepada sesiapa yang memproses permohonan itu ialah sila maklumkan jika terdapat sebarang masalah agar pemohon tidak tertunggu-tunggu dengan harapan yang tidak kunjung tiba.
Comments
Post a Comment