Skip to main content

Perkhidmatan Prepaid HP di Malaysia

Di minggu-minggu akhir Jan 2014 nih aku mengalami masalah kekurangan dana untuk menampung penggunaan internet aku. So aku mula mengkaji semula semua pemberi perkhidmatan prepaid di Malaysia ni. Berikut aku senaraikan hasil yang aku dapat.


#Hotlink - The All-In-One Plan in One Pack

Pelan baru dari Hotlink yang merangkumi semua keperluan aku. Panggilan, SMS dan Data semua dalam satu pek. Dengan hanya kekal aktif, aku akan dapat kesemua yang aku inginkan. Walaupun internet percuma itu hanyalah internet asas a.k.a. internet kelajuan rendah pada 64kbps, ianya sudah mencukupi dengan keperluan aku yang hanya menggunakan internet untuk facebook, twitter, instagram, candy crush dan clash of clan. Selain itu, jika aku inginkan internet berkelajuan tinggi, aku hanya perlu melanggan mana-mana pelan internet tambahan dan aku akan memperoleh internet berkelajuan 4G.



The Rest With Separate Plan - Call,SMS and Internet (Celcom XPAX, DiGi, U Mobile)

Celcom XPAX menawarkan kadar panggilan yang murah dan beberapa promosi menarik. Namun ia tidak dilengkapi dengan akses internet secara all-in. Jika anda inginkan internet, anda perlu melanggan antara satu yang anda perlukan. Sepertimana Hotlink, Celcom juga menawarkan internet 4G LTE kepada pengguna yang melanggan pakej internet mereka.


DiGi Prepaid juga agak menarik perhatian kerana menawarkan 2 pelan prepaid dengan setiap satunya ada kelebihan masing-masing. DiGi Easy Prepaid dengan kelebihan percuma panggilan dan SMS kepada semua Buddyz. DiGi Best Prepaid pula pelan yang sesuai dengan sesiapa yang hanya dan gemar bercakap pendek. 

Kedua-dua pakej prepeaid itu boleh dilengkapkan dengan pelan prepaid mobile internet dari DiGi mengikut kesesuaian penggunaan anda. Pilihlah dari pelan harian, mingguan atau bulanan seperti dibawah. Kelebihan dengan internet DiGi ialah tiada caj tambahan apabila anda terlebih guna kouta yang diberikan namun tidak dinyatakan sama ada DiGi menyediakan internet sambungan 4G atau tidak.

U Mobile baru melancarkan Pelan Prepaid yang baru menggantikan pelan lama mereka. Berikut ialah pelan terbaru mereka.
Usaha U Mobile untuk menyaingi Hotlink jelas apabila mengumumkan pelan baharu ini di mana prepaid U mobile juga disertakan dengan internet percuma setiap kali anda tambah nilai. Jadi, hanya dengan anda menambah nilai kredit ke telefon anda, anda akan mendapat internet kelajuan tinggi. Tapi jangan leka melayari internet kerana jika kuota percuma itu habis anda akan di cas RM0.20/mb. Untuk mengelakkan anda dicas lebih mahal, U mobile ada pakej UMI (Unlimited Mobile Internet) untuk anda pilih.
UMI ini juga telah dinaik taraf dengan 3 pelan telah diberikan kelajuan 4G. UMI28 pula ditambah kuota dari 500MB kepada 1GB. U Mobile juga tidak akan mengenakan sebarang cas tambahan bagi data yang lebih guna. Menariknya pakej UMI ini ialah anda bukan sahaja mendapat data bahkan anda juga mendapat panggilan dan sms percuma berbeza mengikut pelan yang anda pilih.

KESIMPULAN : Pada masa sekarang ini, aku menggunakan 2 sim. Mungkin aku akan membatalkan sim kedua kerana menumpukan pada 1 sim sahaja. Jika keputusan itu muktamad, aku perlu mencari 1 pelan di antara di atas sebagai pilihan utama. Buat masa ini #Hotlink yang nampak sangat menarik dan menjimatkan.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai