2013 da berlalu, 2014 menjelma menjanjikan pelbagai perubahan dan pembaharuan. Kalau korang tanya aku azam 2014 aku, mmg aku xd jawapan lagi tuk soklan korang. Setakat ari kedua 2014 ni, aku cuma ingin mengutamakan keluarga aku yang In Sha Allah akan bertambah sorang lagi bulan Mac nanti. Selain tu takde ape2 lagi.
2013 merupakan tahun yang mempunyai pelbagai rencah dalam hidup aku. Di bawah ialah beberapa rentetan peristiwa yang berlaku pada aku yang boleh diklasifikasikan sbg menarik :
1) 1 April : Permohonan pertukaran kerja dari Terengganu balik ke Putrajaya - LULUS
2) 1 Jun : Pernikahan aku dan isteri di Kampung Bukit Putera, Setiu berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah
3) 8 Jun : Majlis sambut menantu di Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir berjalan meriah.
4) 10 Jun : Melancong ke Medan, Indonesia a.k.a. bulan madu
5) Ogos : Isteri disahkan mengandung.
Selain itu, peristiwa paling pahit ialah aku diminta keluar dari rumah sewa di Sg. Chua dalam notis pendek. Notis diterima pada tarikh 28 November dgn tempoh lebih kurang seminggu je. Kelam kabut hidup aku kejap.
Hari Raya Aidilfitri 2013 juga kurang menarik kerana aku mengalami kemalangan kecil di Lebuhraya Pantai Timur selepas R&R Gambang. Kereta isteri mengalami kerosakan yang agak berat sehingga kini masih x dapat dibaikpulih lagi.
Comments
Post a Comment