Tadi di masjid besi a.k.a. Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin ada dibuka booth dari Pusat Darah Negara untuk sesiapa yang ingin menderma darah. So buat kali pertama aku telah mengambil keputusan untuk menderma darah. Sebelum ni aku tak buat sbb aku takut dan benci dgn jarum. Tapi kali ni keazaman akibat isteri yang pernah dirawat dengan cara memasukkan darah telah menginsafkan aku. Walau takut macam mana pun aku tetap memberanikan diri untuk menderma darah. Hasilnya langsung tak sakit. Mungkin selepas ini aku akan terus dengan aktivi menderma ini. Best la pulak. Hehe