Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Tahun 2013 - Rebate RM200??

Tahun 2013 akan menjelang hanya dalam beberapa jam sahaja lagi. Apabila munculnya 2013, semua yang dibentangkan ketika Bajet 2013 akan berkuatkuasa serta merta. Antaranya ialah pelaksanaan gaji minimum RM900 (semenanjung) & RM800 (m'sia timur), rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, BR1M dan lain-lain. Untuk post kali ini aku ingin berceloteh mengenai rebat RM200 untuk membeli telefon pintar itu. Semalam (30.12.2012) aku terbaca entry dari blog MyTetikus  berkenaan dengan rebat telefon tu. Secara keseluruhan aku sgt rase tertipu dgn pemberi rebat secara one-off  nih.  Terdapat beberapa syarat yang bagi aku akan membebankan belia2 yang memohon rebat ini.  Syarat2 untuk memohon adalah seperti berikut : Belia berumur 21 hingga 30 tahun (warganegara Malaysia) Mempunyai  pendapatan kasar bulanan  RM 3000 dan ke bawah Perlu  melanggan pakej jalur lebar  daripada syarikat telekomunikasi terlibat sekiranya belum ada. 1.5 juta belia pertama  yang mendaftar (

Rentetan BLMer's Terengganu 2012 (Bahagian 5)

Terakhir pada 15 Dis 2012 lalu, satu lagi UoTT Masjid Kristal telah dijalankan. Ia dijalankan sempena majlis perkahwinan ahli kelab iaitu Mahizan & Shida. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin. Semoga kalian bahagia ke akhir hayat. UoTT Masjid Kristal diadakan kerana terdapat 3 org ahli dari Central yang turut hadir ke Terengganu. Mereka dibawa menikmati keindahan masjid kristal di pulau mak wan tu.

Rentetan BLMer's Terengganu 2012 (Bahagian 4)

Sepertimana yang dijanjikan di bahagian 3 lalu, aku akan cerita tentang 1 lagi program yang agak besar di Region Pantai Timur nih selepas TT Bukit Gambang pada 6 Oktober lalu. Program tersebut ialah UoTT Bowling @ Terengganu Equestarian Resort yg dianjurkan pada 24 Oktober 2012 lalu. Sebanyak 4 lorong bowling telah ditempah dengan pemain yang hadir adalah seramai 18 orang. Salah seorg ahli kelab juga telah bermurah hati menyumbangkan hadiah kepada pemenang jatuhan pin terbanyak kategori lelaki & perempuan. Pemenang kategori lelaki bagi tahun 2012 ialah Hariez Iskandar (BLM1152) dan pemenang kategori wanita ialah rakan kepada Hariez yang diimport dari Setiu,Terengganu.  Untunglah ikut Hariez. Boleh main bowling & menang hadiah pulak tu. Hehe. Di bawah ialah suasana ketika UoTT Bowling berlangsung. Selepas berakhirnya sesi bermain bowling, aktiviti diteruskan pula dgn aktiviti kesukaan ramai iaitu aktiviti mengisi perut. Hehe

Rentetan BLMer's Terengganu 2012 (Bahagian 3)

TT untuk sesuatu kelab permotoran biasanya merujuk kepada perhimpunan besar-besaran dan biasanya melibatkan ahli seluruh negara. Untuk julung kalinya, BLMClub bg kawasan Pantai Timur telah mengadakan satu program TT Bukit Gambang Waterpark di Gambang, Pahang. Aktiviti ini telah menggamit kehadiran seramai lebih kurang 45 buah kereta dari seluruh negara. Aktiviti dirancang meliputi segala permainan air yang berada di sana. Program yang berlangsung sehari suntuk itu sgt meriah dgn kehadiran yang ramai dan dianggap telah mencapai sasaran. Semoga tahun 2013 nanti ECR akan muncul dgn 1 lagi TT yang menarik. Berikut beberapa gambar semasa TT Bukit Gambang berlangsung. Amacam? meriahkan? Kite tunggu ape pula plan ECR untuk TT 2013 akan datang. Untuk bahagian 4 nanti akan diceritakan 1 lagi UoTT yang diadakan untuk rakan2 ECR sahaja. Sekian!

21.12.2012 has pass and we still here

Jumaat 21.12.2012 sudah berlalu dan berakhirlah kalendar kaum mayan. Ia juga membuktikan bahawa 2012 bukanlah penamat dunia. Namun, ia juga bukanlah alasan untuk kita bersuka ria tanpa mengingati mati & hari kiamat kerana Allah telah berjanji kiamat pasti akan datang.

Rentetan BLMer's Terengganu 2012 (Bahagian 2)

Haa...kite sambung lagi celoteh kite tentang aktiviti sepanjang tahun 2012. Selepas UoTT BBQ pada 8 Jun lepas, beberapa UoTT kecil-kecilan banyak dianjurkan dan yang paling kerap ialah aktiviti membaham burger homemade yang dijual oleh ahli kelab juga. So aku post la beberapa gambar ketika melepak di Da' Big Bro Burger ( klik sini tuk melawat FB mereka). Tukang Masak Burger a.k.a. BLM1254 Hafiz Menarikkan? Da' Big Bro Burger boleh dianggap sebagai port lepak baru tuk BLMClub Terengganu. Ini kerana boleh dikatakan semua yang datang ke Terengganu akan dibawa lepak ke sini. ^_^ . Eh..da jauh ke bawah lak post nih. So aku stop sini dulu lah. Pasnih aku akan cerita tentang 2 event terbesar tuk BLMClub Terengganu yang kedua-duanya diadakan pada bulan oktober lalu. Tunggu di bahagian 3 pulak k..