Skip to main content

Tips Memilih Tayar


haha..sori ye bagi yang da terbaca tips dgn tajuk yang sama dulu. mesti ramai yg rase tertipu sbb tajuk tu kan..hehe

well kali nih aku bagi tips yang betul2 punya..alang2 sempena adek aku baru beli tayar baru tuk kereta die..cube ngaku sape yg tau cmne nk pilih tayar tuk kereta korg sendiri? aku pun honestly tak tau ape2 pasal tayar sampai la recently time aku tukar sport rim..baru la aku blaja..seyes rase cm budak tadika baru nk mengenal barang2..hehe

untuk memilih tayar yang betul2 seswai dgn kereta kalian, banyak aspek yang korg kene tgk pd tayar tu..semua maklumat ade dicetak kt tayar tu. korg tinggal pilih jer..^_^ amacam? senang x? haha..

Rujuk pada gambar dibawah nih 

Amacam? Pening kan tgk gambarajah tayar nih (ceh bunyi cm dalam subjek sains jer)..kalau korg tgk tayar yang betul2 kt kedai tayar tu lagi la korg akan pening..last2 ko mesti akan ckp ikut tokey la..janji murah..btul kan? tp igtlah bahawa tayar boleh dibeli, duit boleh dicarik tapi nyawa takleh dibeli..so pemilihan tayar yang betul sangat penting demi kesejahteraan sejagat..

So untuk memudahkan korg semua..aku nk korang tgk kt bbrp tempat jer..yang lain tu endahkan jer..ok?

1st skali korg kene tau profile tayar korg (bunyi cm tayar pun ade profile twitter kan?)..profile tayar ialah yang ditanda no 3 iaitu yg tulisan 205/55R16..ini merupakan petunjuk awal saiz tayar mane yg korg suke..untuk aku yg gune BLM, profile tayar yang aku gunekan bersama-sama rim advan RZ-df ialah 205/45ZR16..

3 no pertama merujuk kepada kelebaran permukaan tayar iaitu 205mm..2 no yg kedua pula merujuk kepada ketebalan tayar dari bibir rim ke hujung permukaan tayar iaitu 45mm..Z pula merujuk pada kelajuan maksimum yang boleh ditanggung oleh tayar tersebut (240kmj)..R ialah code untuk menunjukkan jenis pembinaan tayar iaitu Radial..2 no dibelakang skali ialah saiz rim yang boleh dimuatkan bersama tayar ini iaitu rim 16 inci..

So ko faham x sampai sini? maksudnya ialah, pilih saiz, kelebaran, ketebalan yang seswai dgn rim & bodi kereta anda..^_^

Seterusnya anda perlu lihat tahun tayar tersebut dikilangkan..pergghhh skema gile ayat aku..hahaha semua tayar kt kedai akan ditandakan tarikh dikilangkan mengikut format 4 nombor..2 no pertama merujuk pada minggu dikilangkan manakala 2 no seterusnya ialah tahun dikilangkan..contoh seperti gambar di bawah..pastikan tayar yang anda beli ialah tayar yang baru dikilangkan kerana kualiti getahnya masih dalam keadaan terbaik..


Langkah ketiga ialah ciri2 yg ditanda dgn no 9 dlm gambar tayar di atas iaitu treadwear, traction & temperature..ketiga-tiga indicator nih penting kerana treadwear menunjukkan berapa lame pengilang mengjangkakan tayar itu boleh bertahan a.k.a. kadar kehausan bunya tayar (makin tinggi no tersebut, makin lambat ia haus), traction pula merujuk kpd kekuatan cengkaman tayar (gred AA yg terbaik) dan temperature menunjukkan kesesuaian tayar mengikut suhu (A : cuaca pana, B : normal & C : cuaca sejuk).

Yang terakhir ialah bagaimana corak bunga pada tayar itu..ade sesetengah bunga membolehkan tayar membelah air bertakung dijalan tanpa gelinciran..ada juga sesetengah tayar yang hanya untuk jalan kering..andai tersilap pilih, anda pasti merana..sekurg2nya pilihlah bunga yang seswai untuk jalan basah..ini kerana ia seswai dgn iklim negara kite yang lembab..

waahhhhh...panjangnya aku taip arinih..patut la jemari aku lenguh da..takpe la..aku stop dulu sampai sini..kalau ade sebarang penambahan @ pembetulan kt info diatas..sila tinggalkan info anda kt komen..TQ


Kata2 PapaZola : Sekarang nih musim tengkujuh..tolong pastikan tayar kenderaan dalam keadaan yang terbaik untuk keselamatan anda dan keluarga..k bye!!

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai