Sekarang ni sempena serangan Israel ke atas Palestin yang bermula minggu lepas, kempen memboikot barangan Israel giat dijalankan. Dunia maya melalui media sosial (facebook) bergegar dengan kempen ini. Malah McDonald's yang menyediakan burger percuma juga diboikot.
Aku tidak mahu mengulas panjang berkenaan boikot ini kerana ia bersifat individual dan ketahanan anda menahan diri dari menggunakan produk yang biasa anda gunakan. Sebagai contoh, jika anda adalah peminum MILO seperti aku, adakah anda mampu meninggalkan MILO yang anda gemari? Berapa lama tempoh anda mampu tinggalkan MILO?
So aku nak mencadangkan kita melakukan boikot terpilih. Ini kerana aku berasakan diri aku sukar meninggalkan McD & MILO dari senarai menu kegemaran aku. Jadi aku mengambil keputusan tidak akan memboikot McD tetapi akan memboikot produk lain. Bagi aku ini lebih baik dari aku langsung tidak boikot.
Aku harap semua supaya faham akan orang lain seperti aku yang mungkin tidak boleh nak meninggalkan sesetengah produk Yahudi tersebut tetapi sekurang-kurangnya mereka mencuba boikot produk-produk lain. Hasilnya nanti pasti akan ada juga syarikat milik Yahudi yang terkesan dengan boikot terpilih ini. Aku pasti akan itu.
Selain boikot, aku juga menyeru rakan-rakan pembaca supaya bersama-sama umat Islam sedunia menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk warga Palestin. Aku telah post cara-cara untuk menyalurkan bantuan kewangan dalam post sebelum ini. So please semua kite berganding bahu bantu mereka. Jika aku tahu cara lain, aku akan post lagi dalam blog aku nih.
KATA2 PAPAZOLA : Mohon semua bekerjasama & jangan berpecah belah dalam isu Palestin. Kita bantu sehingga negara Israel hancur. k bai!!!
Comments
Post a Comment