Skip to main content

Posts

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

Recent posts

UPDATE : PKP DIKUATKUASAKAN DI SELURUH KELANTAN, DAERAH SIBU, SELANGAU & KANOWIT, SARAWAK

Menurut hebahan SMS dari MKN, beberapa daerah di Sarawak & seluruh Kelantan akan diletakkan dibawah PKP mulai 16 Januari sehingga 26 Januari 2021.  Ini berikutan pertambahan jumlah kes dan kluster baharu yang dikesan di negeri Kelantan sehingga menyebabkan beberapa jajahan di Kelantan menjadi Zon Merah.  Pengumuman ini menunjukkan pertambahan bilangan negeri yang dikenakan PKP selepas Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Sabah & Pulau Pinang.  Semoga rakyat negeri Kelantan terus menjaga SOP dan menjaga kesihatan diri sendiri.

PKP datang lagi!!

  Assalamualaikum semua,  Macam mana perasaan semua apabila Perdana Menteri umumkan penguatkuasaan semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?  Seperti mana yang kita semua tahu, hanya 6 negeri yang dikenakan PKP iaitu, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya & Labuan), Johor, Pulau Pinang, Melaka & Sabah. 6 negeri lain iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu & Pahang dilaksanakan PKPB manakala Perlis & Sarawak dilaksanakan PKPP. Perintah ini terpaksa dilakukan oleh Perdana Menteri akibat angka jangkitan harian COVID-19 mula berada sekitar 3000 kes. Perintah ini juga untuk mengelakkan keruntuhan sistem kesihatan negara yang mula mencapai limit kapasiti. Keletihan para-para frontliner mula kelihatan & ramai antara mereka juga mula dijangkiti COVID-19 ini. Selain itu, kebanyakkan hospital di Lembah Klang mula mencapai kapasiti sehingga 100% katil di wad2.  Walaupun PKP2.0 ini dilaksanakan, ianya tidaklah sama seperti PKP1.0 yang ...

Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

  SELAMAT TINGGAL 2020!!! SELAMAT DATANG 2021!!! Ingat lagi tak semasa kedatangan awal tahun 2020, semua rakyat Malaysia menyambut tahun 2020 dengan 1001 harapan. Ini kerana kita telahpun bercakap-cakap berkenaan tahun 2020 sejak zaman Perdana Menteri ke-4 lagi. Kita harapkan 2020 datang membawa pelbagai kemajuan kepada negara apabila sekali lagi PM yang mencanangkan WAWASAN 2020 adalah PM yang sama menerajui Malaysia sekali lagi.  Rupa-rupanya pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang 2020 dimana pertama kali dalam sejarah kerajaan berubah hanya kerana lompatan2 YB di Parlimen. Berubah tanpa mandat PRU. Selang 2 minggu selepas PM ke-8 (Datuk Seri Muhyiddin) mengambil alih kerajaan, beliau mengambil keputusan untuk TOTAL LOCKDOWN  a.k.a. PKP bermula 18 Mac 2020 akibat penularan COVID-19. Maka sejak itu, rakyat terpaksa menjalani norma baharu untuk hidup. Ramai yang hilang pekerjaan, ekonomi negara menguncup & anak2 hanya bersekolah dari rumah. Tahun 2020 telah mengaj...

Hati2 Dalam Perjalanan Pulang

Hari ini seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti panjang sempena perayaan (walaupun tidak disambut) ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana pusat peranginan.  Aku pun sama seperti kalian, tahun ini pulang ke kampung isteri di Terengganu. Seperti yang semua tahu, hujung tahun adalah musim tengkujuh di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur. Hari ini perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Dungun terasa sangat lancar dengan kelajuan purata di LPT sekitar 130kmj. Namun apabila tiba sahaja ke sempadan daerah Hulu Terengganu, langit gelap bersama curahan hujan yang sangat lebat menanti. Belum sempat aku memperlahankan kereta, tayar terasa tergelincir dan hampir hilang kawalan. Nasib baik aku sempat mengawal stereng dan mula menurunkan kelajuan sekitar 80kmj sahaja. Sebaik sahaja aku dapat mengawal kereta, aku dikejutkan dengan deretan kereta yang menekan brake beramai-ramai. Rupa-rupanya semuanya ingin mengelak sebuah Proton Saga y...

iOS 14.3 sedia dikemaskini

  iOS 14.3 dan iPadOS 14.3 kini telah sedia untuk dikemaskini oleh pengguna Apple dengan beberapa kemaskini baharu. Untuk post ini saya akan senaraikan antara pembaharuan yang dibawa oleh iOS 14.3 kali ini. Namun suka saya ingatkan bahawa tidak semua fungsi baru ini disokong di Malaysia. Apple Fitness+ Dengan harga US$9.99 sebulan dan termasuk dalam kumpulan Apple One peringkat tertinggi, Apple Fitness + adalah perkhidmatan terbaru Apple yang direka untuk bekerja dengan Apple Watch. Ia menawarkan latihan berpandu yang disediakan oleh pelatih yang disewa oleh Apple, dengan Apple Watch yang digunakan untuk mengesan kemajuan melalui latihan. Ciri Apple Fitness+ Latihan video ditonton di Apple TV, iPad, atau iPhone, dengan metrik Apple Watch disediakan tepat di skrin. Jenis latihan termasuk Latihan Selang Intensiti Tinggi, Berbasikal Dalam Ruangan, Yoga, Inti, Kekuatan, Tarian, Mendayung, Treadmill Walking, Treadmill Running, dan Mindful Cooldown, dengan Apple menawarkan cadangan dan c...

Selamat Datang Nur Qadeeja Adeelia

Da sebulan usia bayi ke empat aku lahir ke dunia ni. Alhamdulillaah keadaannya sihat dan sejahtera. Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan kamu. Daddy & Mummy akan sentiasa menyokongmu hingga dewasa.

Perlukan Khidmat Delivery Sijil Peperiksaan?

Korang da baca cara2 untuk dapatkan sijil peperiksaan yang hilang kat post lama aku? Kalau belum boleh baca dengan klik sini . So camne? Ade masa x untuk buat semua tu? Kalau korang rasa korang xd masa untuk buat semua tu atau korang nak cepat lebih cepat dari korang mohon sendiri, korang boleh rujuk IG aku untuk aku bantu korang. Klik sini  untuk ushar IG aku. PM/DM aku terus di IG. Jangan tinggal komen kat sini sebab aku jarang on blog. Korang boleh jugak terus ushar page FB aku di sini . Boleh tinggalkan PM / DM kat sane jugak. Aku akan cuba bantu korang ikut cmne. Bayaran juga boleh kita bincang. Ape2 contact aku dulu. #sijilspmhilang #sijilspm #sijilhilang #sijilrosak #sijilpmrhilang #hubungisaya #followmyig #followmyfb page #servisdapatkansijil #sijilLPM #sijilmpm