Skip to main content

Liga bolasepak utama Eropah kini bermula


Liga perdana inggeris sudah membuka tirai bermula pada 1 Ogos 2015. Banyak pasukan mula menilai kembali kekurangan di mana-mana bahagian dalam pasukan masing-masing.

Man Utd antara pasukan yang semakin dikaitkan dengan pemain-pemain bintang bahagian serangan dalam usaha menguatkan jentera serangan.

Kedudukan liga EPL terkini (25Ogos2015)

Dengan liga yang kini sudah 3 perlawanan, dijangka pembelian last minit untuk liga perdana inggeris pasti sangat menarik. Mungkin rekod pemain termahal dunia yang kini dipegang oleh Gareth Bale akan dipecahkan. Kita tengok sama-sama nanti.

Man City mengetuai liga dengan 9 mata diikuti Leicester, Liverpool dan Man Utd semua dengan 7 mata. Manakala Arsenal dan Chelsea terperusok di tangga ke 9 dan 10 liga. Saingan masih terbuka dengan jangkaan peribadi mengatakan penghujung 2015 nanti, 4 kedudukan teratas akan dikuasai Man City, Man Utd, Liverpool dan Chelsea.

Ternyata saingan liga EPL musim 2015/16 kali ini nampak lebih menarik dan lebih sengit kerana lebih ramai pemain ternama dunia berkumpul di sini. 

^_^

Comments