Menurut laman web Paultan.org, PROTON dan Suzuki baru selesai memeterai MoU dan perjanjian licensing. Difahamkan melalui perjanjian ini PROTON akan mendapat akses untuk model2 kereta keluaran Suzuki dalam segment A.
* Segment A ni kalau korang nak tau segment untuk kereta kompak cm VIVA & Kancil. Segment A ni kalau kat Malaysia mmg dikuasai oleh Perodua. Setakat hari nih Proton belom pernah buat kereta dalam segment A lagi.
Mungkin PROTON mengambil langkah berani camni sebab Perodua sedang membangunkan model sedan meraka yang pertama. So PROTON cuba untuk memecahkan monopoli Perodua dalam segment A nnt.
Setakat ini tidak pasti sama ada PROTON akan membangunkan model baharu atau hanya akan re-badge model Suzuki sedia ada yang masih belum dipasarkan di Malaysia. Aku cuba tgk model mane yang dalam segment A Suzuki yang masih belum masuk Malaysia.
Dalam website Suzuki Global ade 2 model yang tiada di Malaysia iaitu Splash dan Celerio. Manakala dalam website Suzuki Japan, ade model Lapin, Hustler, dan Alto turbo. So tak pasti lak model mane yang PROTON akan gune dan katenya kereta baru ni akan keluar tahun 2016. Ape2 pun kita tunggu dan lihat je la. Tun M janji SAGA 3 akan kuar tahun ni tapi cm takde apa2 lagi. Jadi x Tun M?
Comments
Post a Comment