Skip to main content

Internet!! Banyak pilihan tapi memeningkan

Arini aku banyak meluangkan masa (buang masa sebenarnya) di dunia maya nih. Antara tempat yg aku lawati mestilah laman2 sesawang tempatan seperti Facebook (eh..fesbok ni laman web tempatan ker?), meksis, celcom, DG, P1 & YES!!. 

Tujuan aku hanya 1 iaitu melakukan kajian pembandingan perkhidmatan jalur lebar a.k.a. broadband antara mereka-mereka ini.

Mcm2 cara diorg wat @ tawarkan kpd pengguna. Ada yg siap buat jadual yang kononnya mereka lebih baik dari pesaing2 mereka. So dengan mindset mencari perkhidmatan terbaek di bawah badjet RM50/bln, di bawah ini adalah hasil dapatan aku.

MAXIS

Maxis broadband hanya menawarkan pakej Lite. Dengan harga RM48 sebulan, aku akan memperolehi kuota sebanyak 1.5GB bersamaan 1500MB (bagi yang x tau 1GB same dgn brp MB) dan kelajuan yg diberikan hanya 512kbps (gile slow..standard EDGE kot nih)..

HOTLINK

Sebagaimana yg kite sedia maklum, apabila nama hotlink muncul pasti kite tau ia adalah jenama prepaid bagi MAXIS. Jadi perkhidmatan pun boleh kate ok la tp camne lak dgn kelajuan broadband prepaid dari hotlink nih. 

Pek pemulaan boleh didapati dgn 2 varian. 1 dgn modem mudah alih (org maxis panggil starter pack) dan 1 lg hanya pek sim. Starter pack berharga RM88 dan pek sim hanya RM5. Kouta pula bergantung kpd diri pelanggan sendiri. Daily, Weekly atau Monthly. Kelajuan pula dikatakan boleh mencapai 42Mbps.


CELCOM

Celcom pula menawarkan internet dgn kadar yang lebih kurang sama dgn Maxis. Nama pakej juga sama iaitu pakej Lite. Celcom memberikan kelajuan 700kbps dgn kouta 1.5GB sedikit laju berbanding Maxis Lite. Selain itu celcom juga menawarkan Internet Security Suite dan Unlimited Music Downloads selama sebulan.

P1

Dengan menawarkan perkhidmatan bertaraf 4G, P1 antara contoh terbaik untuk mendapatkan internet dgn kelajuan tinggi. P1 meawarkan pelbagai plan dari rangkaian 4G dan terbaru ialah Fiber!. Tapi dengan RM50 ade 1 pakej yang boleh dilanggan iaitu pakej ToGo 39. Bayaran bulanan sebanyak RM39/bulan dan kelajuan setinggi 1Mbps ia memberikan simpanan qouta sebanyak 2GB. Agak berbaloi. Cume testimoni yang diperoleh ialah line tak stabil.

YES

Satu-satunya saingan kepada P1 kerana ia juga menawarkan jalur lebar dgn kelajuan 4G. Pelan yg dinamakan Super 48 memberikan para pelanggan kouta sebanyak 1.5GB dan kelajuan yang sungguh menakjubkan iaitu 20Mbps. Kelajuan tertinggi dalam artikel ini. 

Di atas adalah hasil dapatan aku sepanjang ofis hour nih. Selanjutnya terpulanglah dgn pilihan masing2. Pilihlah yang lebih berbaloi dgn bajet bulanan anda. Jika anda mempunyai bajet yg lebih tinggi iaitu sekitar RM150 dan ke atas, aku cadangkan pilihlah UniFi dari TM ataupun P1 Fiber!!.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai