Hari nih ialah 2 Julai 2012 bersamaan 12 Sya'aban 1433H. Ketibaannya diiringi dengan semangat ramadhan yang dijangkan akan hadir pada 21 Julai 2012 nanti. Sepatutnya umat Islam seluruh dunia meraikan kehadiran bulan mulia yang Allah jadikan khusus untuk umat Rasulullah S.A.W. di mana di dalamnya terdapat 1 malam yang lebih mulia dari 1000 bulan. Namun apa yg berlaku ialah kita lebih berminat bercakap tentang hari raya aidilfitri berbanding ramadan itu sendiri.
Sedih rasanya jika itu berlaku kepada kita kerana ramadan dan segala kebaikan yg dibawanya hanya muncul setahun sekali. Adakah kalian berpendapat bahawa kalian akan dapat bertemu dengan ramadan tahun hadapan jika kalian sengaja melepaskan ramadan pada tahun ini? Kita semua tidak tahu adakah nyawa kita masih bertahan sehingga ramadan akan datang. Oleh itu, saya menyeru semua umat Islam termasuk diri saya sendiri supaya bersiap sedia mengejar segala kelebihan bulan ramadan ini. Semoga Allah memberkati segala perbuatan dan amalan kita di bulan tersebut.
Sekian.
KATA2 HH?? : HH rindukan ramadan..semoga HH menjadi lebih baik dari tahun sebelum nih..insyaAllah...
Comments
Post a Comment