sejak aku da mule memikirkan tentang mendirikan masjid, mcm2 perkara baru yang aku kene explore. Bermula dengan belajar adat dan langkah-langkah yang perlu dituruti sebelum dapat menyiapkan masjid tersebut.
Langkah 1 :
MENGEMUKAKAN TENDER UNTUK PEMBINAAN MASJID
- Langkah ini bermula dengan mula mengemukakan niat untuk mendirikan masjid bersama dengan pihak yang disukai. Namun pihak tersebut mestilah menerima niat tersebut sebelum langkah seterusnya boleh diteruskan.
Langkah 2 :
PEMILIHAN PEMBIDA TERBAIK
- Langkah ini adalah lanjutan kepada langkah diatas yang mana pembida tender mesti menemui pegawai atasan pihak yang disukai tersebut sebelum boleh dipilih berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh pegawai berkenaan. Perlu diingatkan bahawa kelayakan yang ditetapkan sering berubah dan berbeza-beza mengikut pembida dan ianya semua bergantung kepada budi bicara pegawai berkenaan.
Langkah 3 :
PEMBIDA DIPILIH & PROJEK DILULUSKAN
- Selepas pegawai atasan tersebut melihat dan menilai pembida, mereka akan bermuzakarah untuk memutuskan sama ada pembida tersebut layak atau tidak terhadap projek pembinaan masjid tersebut.
Langkah 4 :
BAHAN-BAHAN ASAS PEMBINAAN MASJID DISEDIAKAN
- Langkah ini hanya akan berlaku jika anda melepasi tapisan demi tapisan dari pegawai penilaian seperti di langkah 3. Kebiasaannya jumlah bahan-bahan asas pembinaan berbeza-beza dan kosnya juga tidak tetap kepada satu(1) nilai sahaja. Ia bergantung kepada jumlah bahan yg diperlukan sama ada 5, 7, 9 atau berapa sahaja yang diminta.
Langkah 5 :
PEMANTAUAN KUALITI KE ATAS PROJEK
- Satu rombongan dari pihak kontraktor ke pihak pengeluar tender meesti dilakukan apabila masjid hampir siap.
Langkah 6 :
MASJID SIAP & DIRASMIKAN
- Majlis gilang gemilang diadakan untuk mengumumkan pembinaan masjid telah siap dan terbina. Masjid yg terbina diharap dapat bertahan selama-lamanya.
SECORET RASA : panjang karangan aku kali ni..hehe sori la yer. cerita ni semua hanya melibatkan aku yg bersemangat nk kawen da ! doakan aku berjaya ye!!
hahaha..
ReplyDeletejgn lpe gune bhn2 yg berkualiti, tenage kerja pakar & baik pulih dari mase ke semase..
menjamin keutuhan masjid gk tue :P
mestilah tak dilupekan..yang penting asas2 agama tak dilupakan..hehe
ReplyDeletemacam mana eh proses@langkah2 pembinaan masjid yang lengkap?
ReplyDelete