Skip to main content

Masa yang dikekangkan semakin dipendekkan semakin dekat


Sejak kemunculan bulan oktober aku acap kali mengalami masalah kekurangan masa..eh jap kenapa ayat aku terasa cm high sgt lak mlm ni..xp la..biarlah aku teruskan dgn keluhan aku..haha aku tak tau ape punye ribut yg datang melanda pejabat aku sampai setiap pegawai berlumba-lumba mcm arnab berlumba dengan kura2 untuk membuat pakej a.k.a. perabes duit kerajaan..bayangkan masuk minggu ni aku da 5 minggu duk kt hotel...setiap minggu hotel yang berlainan..kursus sane, mesyuarat sini, taklimat leknu..pening pale aku...sampai aku nk tgk umah pun x sempat lagi...isk3 

pernah gak la aku rase cm nk request kt yg Esa mintak tambah masa..tp bukan tambah mase ni biasenye bermaksud tambah usia ker? klu tambah usia pun ok gak..sbb Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) punye had pencen da naik ke 60 tahun...berita gembira tuk sesetengah orang & bg sesetengah orang lak ia adalah berita buruk...hahaha

mesti korang still tertanye2 gak..tajuk aku pelik semacam tapi setakat sampai aku taip ni..cm xd kaitan pun dgn tajuk aku tu...aku pun x tau nape aku bg tajuk cmtu..peliks gak ni...tp bile aku sedang memeras kepala hotak aku yg tak berjambul nih untuk mengaitkan entry aku yg busan ni dgn tajuk diatas..tibe2 aku rase cm sangat relevan tajuk tersebut...di bawah ni aku nk membentangkan sel2 otak aku yg berkedut2 tuk menjadi hamparan yg besar...

1.     aku penah bc dulu tentang keadaan bumi di hujung usianya..di dalam bacaan aku tu..aku di fahamkan bumi akan berputar semakin laju disebabkan berlaku perubahan pada paksi bumi serta perubahan orbit bumi yang semakin mendekati matahari yang menyebabkan masa secara tidak langsung berputar @ bergerak semakin laju tanpa kita sedari..percaya atau tidak itu hanya bacaan aku d alam maya ni...kesimpulannya ialah kita semakin menghampiri hari kiamat yang mane kebanyakkan pendapat meramalkan sambil bermain nombor ramalan 4D bahawa hari kiamat akan terjadi lebih kurang 60-70 thn lagi...ye ke????

2.     haaa...tadi aku ckp tentang mende yang berat sgt kan?? so biar kite ringankan balik sikit...hehehe skrg kite ckp psl pilihan raya umum ke 13 (PRU13)..aku yakin semua rakyat malaysia yg berumur 21 thn ke atas pasti tertunggu2 untuk membuang undi (eh..kenape org sebut buang undi ye?)..so anda da ade parti pilihan anda? byk spekulasi ckp 11.11.11 akan jd tarikh keramat yg duk di taman keramat eh..silap2 jd tarikh keramat yg dikatakan akan diadakan PRU13..tp akhirnya xd ape2 pun..antara alasan2 yang dikeluarkan oleh surat khabar terutamanya the star..PM dan TPM sedang bercuti ketika tarikh tersebut dan tidak sempat membubarkan parlimen yang biasenye mengambil masa 50 hari sebelum PRU dpt dijalankan oleh SPR..rase cm xle terima alasan tu kan..hahaha

alamak..jari2 ni rase cm da nk retak lak taip banyak2..so better aku tamatkan shj celoteh aku kt sini...hope aku ade mase lagi untuk menulis entry di masa akan dtg...






Panadol Se?? : aku rase mungkin alasan yg no 1 tu logik sbb sejak2 akhir2 ni byk bencana alam yang melanda dunia..dunia kini bukan seperti yang anda knal sebelum ini..

Panadol Dua?? : aku lampirkan bersama link tanda2 kiamat untuk tatapan kalian.."renung2kan dan selamat beramal"

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai