Baru2 ni kecoh gak la dalam slot2 berita nasional pasal PM kite tu g makan tengahari kt Restoran Ukhwah 1Malaysia dan memberi komen bahawa makanan disitu enak dan berkualiti..aku sebenarnya pernah mengunjungi restoran ni tuk sarapan..mmg best la harganya RM1 untuk roti canai + teh tarik..cume yang aku kurang puas hati tu..lauk tengahari yang di canang2 hanya bernilai RM4 tu x sama pun dengan lauk2 yang najib makan..so mmg la makanan yang dimakan tu enak & berkualiti sbb ianya dimasak khas untuk najib..kalau korang x caya..cube tengok gambar di bawah...
tengok tu..penuh meja dengan makanan kan?? |
ni lak petikan dari laman web Giler Kentang! berkenaan lawatan beliau ke restoran tersebut....
"KUALA LUMPUR 18 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti. Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini hari ini."
Tengok kt ayat yang aku highlight tu..PM kita dihidangkan menu yang kononnya rakyat turut akan dapat dgn harga RM4...
Nasi + Ayam Masak Merah + Ayam Masak Kicap (wow 2 lauk ayam) + Daging Goreng (wah..da dpt ayam 2 ketul..dapat daging lagi) + sayu taugeh = RM4
Kalau difikirkan akal logik kite..sume lauk di atas akan mencecah RM9-10 termasuk minuman iaitu air sirap kordial...kiraan ini mengambil kira ayam = Rm3/ketul & daging = RM2/ketul...daging tu takkan la amik sekeping je kan...nk wat taik gigi pun xlepas..
Aku bukan nk hentam balik ape usaha PM kita ni..tp kdg2 ape yang rakyat dpt sebenarnya x sama dgn ape yang ditunjukkan kat PM kita..so sampai bile2 pun PM kita takkan tau cmne tahap kehidupan rakyat biasa di malaysia..diulangi RAKYAT BIASA BERPENDAPATAN RENDAH ...seterusnya korang fikir2kan lah..
PANADOL SE?? : Aku rekemen sape2 nk jimatkan poket tu..g la makan kt restoran yang mengambil bahagian dalam program menu rakyat 1malaysia ni..
PANADOL DUA?? : aku disini hanya meluahkan pendapat aku dan aku sokong penubuhan restoran yang mesra poket rakyat..perbanyakkan lagi program ni ke seluruh malaysia..tQ Najib Tun Razak...
Comments
Post a Comment