Hari silih berganti..tahun diganti tahun..kini 2011 menjelma menggantikan 2010 sebagai sejarah..namun apabila ditoleh semula ke 2010..banyak peristiwa berlaku dan telah memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan kita seharian..ramai yang bertanya tentang azam 2011..akan tetapi jarang yang bertanya bagaimana azam tahun sebelumnya..terlaksana atau tidak..aku runsing dengan pencapaian diri sendiri..walau tahun sering berganti namun keadaan diri masih di takuk lama..aku buntu untuk keluar dari kehidupan yang begini...harapan ku cuma 2011 mampu menjana transformasi untuk diri ini..
Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI . Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb. Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau...
Comments
Post a Comment